Berat dan diet tak dapat dipisahkan

7 Nov

My big concern lepas dah naik kerja ni is about my weight.

Before pregnant berat ai 49kg. Last call before i deliver, berat naik bambambam 64kg. Rite after deliver, oklah turun 10kg…jadi 54kg. Fuhhh still need to nyahbuang another 5kg to back at normal weight. And this is what really makes me aduhaiii degilnya lemak2 kali ni nak hilang. After 2 months deliver berat ni memain pulak, kejap turun itupun 1kg jer pastu naik balik 1kg. Pfffttt!!!

So, i double check back my BMI.

Ok legalah sikit sebab still in the normal class, tapi still need to workout der.

Before this i diet belasah jer ikut menu sendiri. Yang penting tiap kali makan portion mesti sikit. And stop eating before too full dan terbelahak hahaha. But this time, i wanna make it properlah. So, ai ikut diet mengikut blood type. This kind of diet recommended by Dr. Peter J.D Adamo, he wrote a book about ‘Eat Right For Your Type’.

Katanya, setiap individu memiliki tindakbalas yg berbeza terhadap makanan depends on the blood type. Ai tergolong dalam kumpulan jenis darah O.

So, here’s the tips :

Pemilik darah jenis O perlu lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun perlu menghindari produk susu dan gandum.

Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D’Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.

Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.

Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

  • Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
  • Mudah mengadaptasi berbagai makanan
  • Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
  • Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
  • Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

 

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang

Snek: Teh herba

Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal

Snek: Sepotong kuih

Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Untuk diet jenis kumpulan darah lain, boleh tengok kat website ni –> Rahsia Diet Mengikut Jenis Darah

Apepun yg penting kita kena banyakkan exercise. Last weekend kitorang pergi Midvalley, so ai berebut dengan baba nak carry baby hahaha. Tak kisahlah penat, lenguh pun tak apa. Yang penting, motif tercapai. Titik.

No comments yet

Leave a Reply