Belum lagi dong

16 Aug

Cak!

Lagi few days nak raya ni, ai masih mengembang dengan budak tecik dalam perut.

Since selasa haritu dah officially cuti. Kena ‘halau’ dengan bos..hihi, dia takut minggu ni kan sure jem teruk gila babas kat area kl. So, kalau2 mak buyung ni nak terbersalin kang..memang haru biru. Dan memandangkan juga bos dengan sukarelahati tak potong my annual leave sepanjang cuti tunggu bersalin ni, makanya ku sahut seruan itu!

Jadilah saya surirumah sepenuh masa. Preparation raya for husband and kids dah settle. Preparation untuk baby baru pun dah complete. Alhamdulillah…boleh tunggu masa dengan tenang. Agak2 baby nak join bermaafan dipagi raya, dia ketuklah pintu in these few days. Kalau tak, maknanya dia nak bagi mama chance mamam ketupat rendang…hiks.

So, selamat membuat persiapan disaat akhir nak sambut lebaran…doakan saya yer eh, tenkiu.

2 Responses to “Belum lagi dong”

  1. ain September 1, 2012 at 3:20 pm #

    Saya doakan semoga dipermudahkan bersalin nanti. Selamat Hari Raya & maaf zahir batin.

Leave a Reply