Hero kecik vs Atuk

5 Apr

Tahun depan hero kecik pulak naik standard 1.

Taktahulah camne gayanya budak ni naik sekolah nanti.

Compare dengan abang, hero kecik ni lagi agresif dan nakal dia lebih sikit dari abang.

Nak berkungfu jer kerjanya.

Kat rumah, yang paling kuat sakat dia adalah atok.

Dan dia paling geli part kena gomol dengan misai.

Apepun tenkiu to atok, pepagi dah hantar abang gi sekolah pastu hantar hero kecik gi kindy. Tengahari amik both of them balik, pastu lepas lunch hantar abang gi sekolah agama. Petang balik amik abang. Dulu plan nak bagi diorang naik van sekolah, tapi atok dgn nenek tak bagi. Risau katanya. Atoknya lebih rela kelola sendiri pasal sekolah cucu.

Tahun depan hero kecik dah join primary, masa tu insyaAllah ai dah ada baby kecik pulak dirumah…seronoknya.

Terima kasih atas rezekiMu Ya Allah 🙂

No comments yet

Leave a Reply