Kami tak kenal pengantin, pengantin pun tak kenal kami

14 Dec

Kata cuti sekolahkan, so weekend after weekend dipenuhi dengan jemputan perkahwinan. Mana yang tak kacau aktiviti lain, kita terjah.

cedok nasi

Scene cedok nasi tapi ralit tengok orang tengah karaoke

anak bapak

Baby shomel melopong

Wedding yang kitorang pergi ni kat Bandar Tun Hussein Onn. Pengantinnya kitorang tak kenal, uhuk2…yang kitorang kenal adalah abang pengantin, ai panggil abang mie. Dia ni kawan kolej baba. Wahhh, detail kau aku story.

baju kurung pink

Kami yang pink

Yang ni wife abang mie. Very the peramah and very the meletop hokay body dia. Anak dah 3, dah sekolah pun memasing. Hot tak hotlah mama sorang ni.

pelamin biru putih

Sian pengantin, pic nampak ciput jer

Ginilah jadinya kalau suh en. husband yang tengah sakan bersembang, amik pic pengantin ngan pelamin. Ai dok kejar budak bertuah dua tu gi memain lari kat luar dewan. Pasrah…

Pelamin biru putih

pengantin potong kek

Pengantin nak potong kek

pic kat kenduri kahwin

Aikkk, adik tercekik apo tu?

Mak tinggal sorang kat rumah, so ai bawak sekali. Masa kitorang sampai tu dah lengang, kul 3 lebih kot. Lambat sampai, sesat jalan pun yer jugak…hihihi, fail betul jalan dalam Bandar Tun Hussein Onn ni. Siapa yang expert tu memang gua tabik!

No comments yet

Leave a Reply