Nenek kebayan punya sirih

30 Nov

Sirih oh sirih!

Sirih semua orang pernah dengar, tapi sirih nenek kebayan pernah dengar tak?

Haa ni dia sirih nenek kebayan

Kembangkan tengok. Sama jer rupa macam sirih biasa. Tapi cuba makan…wuuuu! Makan maksudnya kunyah jer sirih tu takyah nak buh pinang ke apa. Tengok dia punya meletup kepedasan!

Salah sorang mangsanya adalah baba, hihi. Baba ni memang hantu cili api, kalau makan nasi…cili api tu dia buat ulam, boleh? So bagi dia try sirih nenek kebayan ni, hamekkk terlentok sudah… haha. Terlentok laluk plus menahan kepedasan dan keperitan. Gilos betul penangannya.

Dan akhirnya selamat tertidur. Tapi memang bibir kering habis. Makan sirih nenek kebayan ni kena banyak minum air. Orang kata bagus untuk sistem dalaman badan. Taktahulah eh. Lagi satu sebelum makan tu, niat dalam hati apa yang kita nak hajatkan. Boleh termakbul, eh boleh pulak gitu…apepun jangan percaya sangat kot, kang jatuh syirik pulak.

2 Responses to “Nenek kebayan punya sirih”

  1. Aleeya December 2, 2011 at 10:06 am #

    ohooo tak reti mkn sireh ha ha

    • rillys December 2, 2011 at 4:20 pm #

      ohoo lily pun tak reti jugak…hehhe

Leave a Reply