Konon2 nak happening, last2 jadi pening

4 Nov

Kitorang ni nama jer kampung kat Melaka. Tapi kalau suh tunjuk jalan nak gi sana sini dalam Melaka tu…haram taktahu jalan. Balik dari kenduri haji mak sedara haritu, kitorang gatal2 nak gi bandar Melaka. Saja nak tengok malam minggu kat sana camnekan. Pastu abah nak lukiskanlah map, uishhh berlagak cakap takpe ada gps. Cehh takde maknanya!

Ishk ishk shirah ni tak habis2 ajak posing ;P

Memula guna gaklah papago ni haa. Tapi sudahnya kitorang pusing2 situ, pusing2 situ…hahaha. Agogo betul! Aper daa, semedang jer salah jalan. Ke kitorang tak tahu guna? Gasaklah. Terpaksalah menebalkan muka call abah tanya jalan. Wat malu den yor!

Deepavali show kat Mydin Melaka

Akhirnya sampailah jugak kat tengah bandar Melaka. Kitorang singgah Mydin kejap. Kebetulan ada show deepavali masa tu. Punyalah ramai umat. Macam best jer tengok diorang dancing…huhuhu.

Semua orangku tak kenal, cuma Sathiya ni jer…hahaha. Sempat lagi kitorang berhenti tengok show diorang ni. Meriah hokayyy!

Lepak makan sekerim kejap

Berbunga2 hati abang nampak toys

Ntah sampai kul baper kitorang lepak. Orang ramai dah susutlah jugak. Seb baik bukan balik KL, kitorang balik rumah adik kat Seremban jer. Tapi balik tu tak sesat, sebab nak keluar gi highway dekat jer kat situ…hahaha terus berlagak ngan abah.

Itu jerlah citernya. Kita tukar citer lain…

Latest family portrait, kat Kompleks Tabung Haji

Takdelah citer apa cuma rillys sekeluarga nak ambil kesempatan wish semua umat Islam, selamat menyambut hari raya Aidiladha. Selamat menghayati erti pengorbanan yang sebenar… assalammualaikum!

No comments yet

Leave a Reply