Sampai giliran, bulan raya pun dah habis

1 Nov

Hari dah tak raya pun boleh jer buat sesi makan ramai-ramaiĀ  ni. Adik abah ajak datang rumah dia kat Klang weekend lepas punya lepas. Ke lepas lagi, tak ingat dah…haha.

Panas terik ditengah jem. Klang dan jem memang cannot be separated. Pastu driver semua pulak jenis hati kering punya. Eh yang tu bukan kat Klang jer, merata tempat yer. Marah pulak orang Klang kang…hehe.

Memang langkah kanan habis-habisan. Sampai-sampai lauk dah terhidang. Ishkkk…tak sempat nak tolong, haha…boleh?

Adik abah yang tengah berdiri pakai tshirt hitam tu. Ai panggil dia busu pozi. Tujuan dia buat makan-makan ni saja jer. Adik beradik abahkan ramai, berbelas orang. Masa raya haritu memasing dah susun q every weekend buat rumah sape-sapekan, makanya sampai giliran busu pozi ni dah terlepas bulan raya…hihi, takpe janji niat nak eratkan silaturrahim tu tetap ado.

Adik dan husband, import from Seremban…

Yer, saya kat sini kata hero kecik. Hehe…ramai sangat yang kerumun kat situ, bila nak amik pic kena jerit mana sipolan-sipolan. Sampai gitu sekali kau.

Baby-baby tak terkira ramainya. Lepas sorang-sorang ai letak kat pangku. Amik berkat ke amik aura ke tak kisahlah, janji ai memang geram ngan bebudak tecik ni.

Budak tecik baju merah ni jer jual mahal.

Comelkan bunga-bunga kat baju dia tu?

Muka kembang kempis kekenyangan. Wahh kemain mak melentok ehh.

Daaa…! Nak balik dah, eh tapi tak balik rumah terus. Kitorang singgah Midvalley, sehari sebelum tu kan kitorang pergi pameran fotografi…dah ada pulak yang berkenan kat kamera situ, kenalah repeat nak pergi beli. Kalau tak kang sampai pameran fotografi tahun depan dia ngigau…haha.

No comments yet

Leave a Reply