Bila diorang dah tak nangis, mama yang nangis

1 Nov

Abang ngan hero kecik ni kan, bila time ngam kemain masyuk dedua main macam aku dan kau tak dapat dipisahkan gitu. Tapi bila time memasing ‘bertanduk’…nahhh gegar satu rumah kalau tak dileraikan.

Ni salah satu contoh, si kecik main game kat hp. Si abang tadi tengah main game kat pc boleh datang ngendeng nak main game kat hp tu jugak. Padahal game angry bird jer pun. Kat pc pun ada, lagi puas hati besar gabak. Tapi nak cari pasal punya pasal…puncanya masa tengah mandi sebelum tu diorang memang dah fight berebut nak basuh toys. Haiyooo!

Muka senyum sebab abang tengah nangis.

Buat dek walau beribu janji kutaburkan untuk dia…ekekeke

Abang yang meleset-leset kat belakang. Bila ai sarung tudung, cakap nak gi Jusco terus melompat dedua. Yang adik terus hulur hp kat ai suh simpan, yang abang terus tarik tangan adik ajak masuk keta. Automatic jadi ngam u! Sambil masuk keta diorang sembang nak beli toy apa kat Jusco nanti. Haaaaa time ni mama pulak nangis…haha!

2 Responses to “Bila diorang dah tak nangis, mama yang nangis”

  1. Cathj November 2, 2011 at 1:24 am #

    hihihi… Lucu jugak aku baca… Tak lama lg aku pun kena harungi mcm ni….hihi

    • rillys November 2, 2011 at 1:43 pm #

      hihihi, tapi takpe ur 1st boy gap jauh sikit dengan yang baru tu. macam i memang gap 1 year jer, tu yang suka bertarung…hehe

Leave a Reply