Tetap rindukan mereka yang dah tiada

9 Sep

Dalam kita bersukaria dihari raya, tu dia intro..hehh jangan dilupa mereka yang dah takde. Selain rumah sanak saudara, jangan lupa kunjungi pusara mereka yang telah meninggalkan kita.

Lepas beraya rumah sepupu sepupu tu, berkonvoilah kitorang gi Tanah Perkuburan Bukit Kiara, ziarah pusara arwah nenek dan atok sebelah mak. Seronok betul raya pertama kat KL, jalan clear habis.

Kubur arwah nenek senang jer nak cari. Betul betul tepi lorong. Kubur arwah atuk jer jauh ke dalam sikit. Kat sini pakai sistem nombor. Setiap batu nesan tu ada nombor. Kena ingatkan jer nombornya. Kalau tak, jenuh nak cari sebab terlalu padat kat sini.

Bebudak sekarang bukan takut kat kubur. Main macam kat playground jer. Kenalah sedas dua cubitan, hihi. Kalau time kita dulu kekecik, nampak kubur jer kemain kepit jalan rerapat ngan mak abah.

Semoga roh arwah atuk dan nenek dicucuri rahmat. Amin…

Raya pertama tu sampai kul 2am kitorang gi beraya area KL. Esoknya pepagi tu dah nak vroom vroom gi Melaka. Alang alang beraya, sakan habislah yer dak.

No comments yet

Leave a Reply