Tak reti jahit baju melayu, jahitkan tulang belut kat leher pun jadilah

8 Sep

Baju melayu the kids tahun ni mak tolong jahitkan. Sebab kebetulan dapat hadiah kain ela masa gathering KERABAD few months ago. Nak jahit sendiri belum sampai masa lagi, baru belajar nak potong kain derrr..

Tadaaa dah siap! Tang leher jer belum, yang tu i punya part.

I jahitkan tulang belut. Leher jenis teluk belanga memang sesuai jahitan ni. Baju baju kurung yang mak jahit i tolong tulang belutkan lehernya. Masa memula mak ajar jahitan tulang belut ni dulu, mak aii tergeliat. Sebab i ni left-handed, mak pulak right-handed..haa merasalah jap jap tercucuk jarumĀ  kat jari. Tapi seronok!

I habis jahit leher baju diorang kul 3am sebelum nak raya tu. Sebelum tu asyik bz buat kuih raya. Haa rasakan jadi zombie memalam raya, hihihi..

Tak nampaklah jahitan tu sebab baju gelapkan. Kat bawah ni ada contoh.

Haa camnilah bentuk jahitan tulang belut. Kena teliti masa jahit, kalau lari tunenya boleh berserabut terus. Tapi once dah siap, muka ada sinyum gitu. Jahit untuk pakai anak beranakĀ  bolehlah, tapi orang nak tempah belum berani. Nanti bagi sharp lagi skill ni. Dulu mak memang amik upah, tapi sekarang mata dah tak boleh sangat. For the meantime, turunkan ilmu untuk anak anak jer dulu. Apalagi jomlah cuba!

2 Responses to “Tak reti jahit baju melayu, jahitkan tulang belut kat leher pun jadilah”

  1. erin September 8, 2011 at 3:52 pm #

    i pon teringin nk belajar gitu and jahit manik juga.
    tp kecekalan tu masih tiada lagi..
    takut meraung ditengah jalan ;p

    • rillys September 9, 2011 at 11:20 am #

      jahit apepun yg penting ketelitian, hihi..bila dah ada kecekalan tu terus buat tau

Leave a Reply