Salam mintak hampun mintak mahap

6 Sep

Mood nak hapdet blog masih bercuti raya gamaknya. Kemain lama nak warm up. I start sikit dulu ngan pics pagi raya masa kitorang salam salam mintak hampun.

Lama nau nunggu yang lain siap, i pose dululah.

Ok, along salam dulu! Even takde langsung dosa dia ngan sesape pun, tatap dia nak mintak hampun jugak..hehe, along juga merupakan ‘beg tangan’ seumur hidup my parents tiap kali beraya.

Dah umur 36 tahun pun masih ada rezeki dia dapat duit raya. Lagi besau angpaunya dari yang lain gitu. Pada yang baru mengenali my family, along adalah seorang OKU dari segi akal. Tapi dia yang paling istimewa dihati kami.

Next! I ler kena mintak hampun. Abangah beraya ngan mertua.

Disusuli ngan baba. Ceria noo salam ngan mak den.

Shirah pulak kena mintak hampun. My sis yang baru kawen tu beraya ngan mertua. Makanya tahun ni kitorang beraya 3 beradik jer. Seb baik ada 2 hulubalang kecik tu, meriah jugak jadinya.

Mintak mahap nenek, abang banyakkk susahkan nenek..haa tahu takpe nak oiii.

Mintak mahap atok, adik selalu buat atok memarah..hihihi, sedar takpe.

Mintak mahap mintak hampun bebanyak wahai suamiku terchenta.

Adik mintak mahap mama. Kalau notty lagi babab adik tau!

Abang pon sama baba, agak agak terover notty babablah sedas dua.

Ni budak paling banyak dosa ngan haku, haha!

Eh dah habis sesalam, kami nak gi beraya!

Syok jugak buat entry raya pertama ni lelambat. Sangat mengimbau kenangan walaupun baru jer berlalu. Haiii, indahnya sungguh dihariraya..ramainya orang bersuka ria!



No comments yet

Leave a Reply