Bau kuih raya yang sedang dibakar memang terbaik

26 Aug

Tralalala! Akhirnya bermula jugak cuti rayaku. Bila tengok entry puasa tahun lepas, awal awal i dah buh entry pasal buat kuih raya. This year macam lemau sikit, harini baru nak publish sikit.

I started middle minggu ke-3 puasa haritu. Ni masa tengah susun susun bebarang. Tak kuasa nak bangun duduk bangun duduk, buh jer semua kat bawah..settle!

Perkakas wajib

Yeah, aura sudah mari. Kita mulakan dengan semperit dulu. Sedap tak sedap belakang kira, yang penting bau semerbak kuih raya yang sedang dibakar dalam oven tu adalah memang mengasyikkan!

Tenkiu abang, sudi tolong mama.

Satu masuk mulut, satu masuk botol. Dan begitulah seterusnya. Bagus…

Yang kecik ni tolong jugak. Tolong timbang tah ape ape barang tah. Pastu jerit lelong! lelong! Haha tu pasal i boleh segar buat kuih ni dari lepas isyak sampai ke sahur terus.

Selamat membuat final preparation semua. Tata…

No comments yet

Leave a Reply