Uptownkah Downtownkah Midtownkah, janji semua benda pon ada

25 Aug

Weee weee weee! Esok dah last kerja! Pastu boleh sambung lagi sikit shopping raya, sikit jer lagi. Pastu siapkan kuih raya, pastu pastu sangkut langsir raya yg mak dah siap jahit..pastu lagi lagi habiskan jahit tulang belut kat leher baju melayu budak. Pastu boleh tunggu raya dah, hahaha..weng!

Semalam kitorang gi terjah uptown shah alam. Asyik shopping kat tempat ekon jer, mohler ke tempat yang bersesak-sesak..semua barang pon ado. Siap boleh tawar-menawar lagi.

Cop cop! Masa nak keluarkan kereta dari garaj semalam, terkesima jap pandang kereta Audi yang tercongok depan rumah kitorang ni. Aduh duhh, punya menggamit jiwa. Cantik banget deh.

Kitorang sampai uptown shah alam around 11.30pm camtu.

Pengepaw paling kuat diabad ini.

Rambang mata tu toksah cakaplah, yang kitorang pergi ni kat uptown shah alam area Carrefour tu. Besar gedabak tempatnya, ada berlorong-lorong-lorong kedai yang macam nak pengsan bila habis pusing, hahaha..

Dah penat, pandai pulak perut ni kelaparan. Stall makanan pun ada banyak gilos kat sini. Pilih saja. Tenkiu baba, sanggup bawak gi sini gi sinun.Tempat sesak-sesak pun dia ok saja, tunggu bini pilih barang lelama pun ok saja, lep u stronglah! Kata dah nak raya, kenalah puji lebih sikit..untung2 pagi raya dapat kaut lebih sikit, hahaha..notty u lily!

4 Responses to “Uptownkah Downtownkah Midtownkah, janji semua benda pon ada”

  1. attyfir August 25, 2011 at 12:45 pm #

    sesekali bersesak2..lagi nak raya ni ..mmg happening

    • rillys August 25, 2011 at 12:49 pm #

      tapi kitorang mmg suka pun gi uptown, hehe..selalu bersesak2, cuma nak raya ni diorang up harga sikit..sabar jerlah

  2. mekchu August 25, 2011 at 2:53 pm #

    ingatkan audi tu korang punya.. sempena raya 🙂

    asyik ekon je ye tak..hehehehe.. setuju!!

    • rillys August 26, 2011 at 12:56 pm #

      haha, taktahu zaman bila boleh merasa pakai

Leave a Reply