Berangan nak jadi jutawan, kena dengar kata sifu

18 Jul

Seminar Irfan Khairi dah pernah pergi. Pastu terus niat dihati nak pergi seminar Dr. Azizan pulak. Tapi niat jerlah dulu sebab fees dia..phewww! Tapi tetiba disatu hari yang sungguh indah, dapat free tix from sis farihah , seminar by Dr. Azizan yang bertajuk Bagaimana Untuk Hidup Luar Biasa, and feesnya worth rm450. Syukur…thanks sis!

Makanya, dipagi sabtu lepas punya lepas..berdatinglah kami ke Berjaya Times Square Convention Centre. Kitorang tunggu kat lobi dulu. Pastu nampak sign seminar tu kat Level 14, so tunggu farihah kat atas jerlah.

Tenkiu husband, sudi mengikuti. Hehh, dia yang terlebih excited sebenarnya. Bebuat cool pula.

Ohh lupa nak bagitahu. I kena pakai spec, mata kiriku terkena infectionlah pulak. Dah 2 hari merah menyala macam mata hantu kata hero kecik. Sabo jerlah.

Ok back to the seminar, besides Dr. Azizan..Afdlin Shauki pun ada sekali. Comel jer berduet camni.

Tunggu punya tunggu sis farihah yang belum tiba. Seronok tengok memacam gelagat orang yang datang. Semuanya excited nak tau camne nak hidup luarbiasa gitu!

Yeah, sis farihah yang shomel sudah sampai. Sorry dik, ahkak terpaksa glamor pulak harini pakai shades. Kot ahkak tak pakai kang satu hall kena jangkit. Hihihi..

Tu dia, bila bukak jer pintu hall berlari sakan diorang nak rebut seat depan. Terpinga2 kitorang, haha..festime kata ko!

Sepanjang seminar tu takleh amik pic langsung. Pic Dr. Azizan ngan Afdlin pun tak dapek nak amik. Dahlah manusia ramai cam semut. Apepun, the seminar was awesome! Paling touching part Afdlin nangis bila dia cerita kisah hidup susah dia masa kekecik. Sedih..

Our tags.

Masa dah tamat. Super duper excellent seminar i’ve ever attended.

Kitorang datang pagi tu abah yang tolong hantar, malas deh nak drive gi KL on weekend. Pepaham jerlah. Makanya naik monorel lah kitorang balik.

From monorel station (taktau nama station) with lep!

8 Responses to “Berangan nak jadi jutawan, kena dengar kata sifu”

  1. Dee July 18, 2011 at 1:08 pm #

    station imbi..kdg2 dorang ada buat promo RM50 je fee dia lily..tp dee tak berkesempatan lagi..

    • rillys July 19, 2011 at 12:51 am #

      murah tu, u kena grab tu kalau ada chance 😉

  2. farra-eng July 18, 2011 at 1:46 pm #

    saya dah pergi seminar dia nie..memang best (^.^)

    • rillys July 19, 2011 at 12:51 am #

      kan kan kan 😉 kelakarlah dia, nampak mcm garang…

  3. lilredfarah July 18, 2011 at 3:10 pm #

    wohoooooooooooooooooooooooo!!!!!!! hidup luar biasa kak lily!!!! smlm baru bali dr tgk transformers dgn doc azizan juga!

    • rillys July 19, 2011 at 12:50 am #

      wowww weeee! gi tgk wayang ngan dia? best gilak!

  4. cik e July 18, 2011 at 10:53 pm #

    teringin gak nk g dgr seminar dr azizan tu tp ntah bl la ada time

    • rillys July 19, 2011 at 12:46 am #

      kalau nak tunggu free mmg taktahu ler bila, ly pun selit jer mana boleh..hehe..ada chance nanti gi kay!

Leave a Reply