Takyah warm up, memang dah peluh

24 May

Hari biasa susah betul nak sampai rumah before matahari terbenam. Sian bebudak, hari2 ajak gi park tapi tak dan. Oleh itu, asal weekend jer kalau takde apa2 event, mesti pergi Bukit Jalil Park. Ater tu jer yang paling dekat ngan rumah.

Tak kisah tahap kepanasan camne pun, mereka sanggup hadapi.

Apaknya usha dari jauh jerlah. Kekonon nak warm up, haa betullah tu..panaskan badan yang dah memang hangat dengan cuaca. Peluh toksah cakaplah.

Diorang ni suka main benda tak ikut saluran betul. Orang naik ikut tanggalah dik, bukan menyongsang gini.

Ni lagi sorang, dia tak bagi orang lain naik. Nak buat eksperimen balancing kononnya.

Taktahulah bila nak penatnya. Tak nampak pun ciri2 kepenatan tu.

Bila ajak balik, macam biasalah. Tersengih sana tersengih sana, liuk lentok bagai. Tapi bila cakap nak McDonald Happy Meal tak? Kali ni dapat toy spongebob! Zassss terussss!

 

 

No comments yet

Leave a Reply