Tak jadi nak wrestling

13 May

Selalunya bila balik kampung, nak bagi bebudak berdua tu leka dalam keta..i bawaklah segerombolan toys diorang. Tapi letih mak oii, end up kemain sepah keta macam lori sampah..erkkk. So, haritu balik kampung..sekelumit toys pun i tak bawak. I bagi diorang benda lain.

Hero kecik memula masuk keta, belum warm up..dok depan ngan mama dulu. Agak2 dah naik mood nak wrestling ngan abang baru loncat ke belakang!

Tapi dengan adanya aktiviti gini, wrestling dilupakan.

Bila dah letih, memasing tidur. Senang hati mama.

Tapi boleh pulak dah nak sampai kampung, hero kecik ngigau jerit nak tengok kung fu panda 2! Wahhh tak agak2 ngigaunya pun. Siap buat gaya muka sekali.

Comel jugak dia ni. Hihihi..

No comments yet

Leave a Reply