Ikan fresh terbaik dari lautan

15 Apr

Asyik beli ikan kat pasar borong jer, kali ni i nak bawa u all terjah tempat nak beli ikan yang segar bugar. Baekkk punya baru naik dari lautan!

Kemain semangat sesubuh dah keluar rumah. Maaf yer muka tak cukup tidur. Mana taknya, diorang kata pepagi buta nelayan dah bawa ikanĀ  naik kat jeti tempat kitorang nak gi ni. Jauhnya boleh tahan gak, nun kat Port Klang sana.

Ohh sampai sudah. Kalau tak silap ni muara sungai kg. delek, port klang. Sorry kalau silap..hihihi

Main lambak gitu jer ikan. Siap melenting2 meloncat2 gitu. Suka abang ngan hero kecik nengoknya.

Pilih, timbang, bungkus..jalan balik! Ehh jangan lupa bayar dulu. Juling mata tengok, kitorang beli terus untuk stok 2 minggu. Ikan duri, pari, mayong, bagok, senangin, puput, gelama, haa amik kau! Takpe, ikan baru naik tahan lama sikit.

Abang ngan hero kecik melinjang2 ajak naik bot. Amboi banyak share apak kau..hahaha

Frust jer muka memasing.

Tapi bila bagi greenlight turun kat bawah jeti tu sikit kemain happy. I yang dok seriau tak tentu hala.

Paklang ngan maklang pun ikut sekali. Borong sakan memasing, sok dah habis stok boleh kesini lagi. Tapi kena keluar rumah kul 4am lah kot. Kitorang sampai kul 7am tu pun ikan dah banyak kena borong ngan tokey2 ikan kedai runcit ngan pasar borong.

 

10 Responses to “Ikan fresh terbaik dari lautan”

  1. yan April 15, 2011 at 1:53 pm #

    p kat k selangor je. Pun fresh sangat.. murah lagi.

    • rillys April 15, 2011 at 4:50 pm #

      duluuu selalu gak gi k.selangor tu..mmg not bad..syokkan beli ikan fresh2 ni

  2. Dee April 15, 2011 at 2:54 pm #

    ikan fresh dari laut mmg sedapkan..anak2 lily tu terujalah..first time kan tgk jeti gitu..kat kl mana ada..

    • rillys April 15, 2011 at 4:49 pm #

      tu yg diorang feeling nak terjun jer..

  3. Lyn Yusoff April 16, 2011 at 12:41 am #

    bestnyer dapt ikan yg fresh2 ni.. hehhee

    • rillys April 19, 2011 at 10:58 am #

      lain rasanya..tu yg tambah best

  4. mar April 16, 2011 at 4:06 pm #

    amboi kak lily, tu kampungggg delek tu kg mak kite tu.

    tp serius x penah tau. haha! tp mcm besttt jek tgk ikan fresh2 tu. hihi~

    • rillys April 19, 2011 at 10:51 am #

      laa yer ke? camne anak mak taktahu ni..hihi

  5. nor December 12, 2012 at 9:39 am #

    Harganye cmne..leh dpt murah ker berbanding pasar ikan mcm pasar borong tu

    • lily_lotus December 12, 2012 at 1:43 pm #

      taklah mcm kat pasar borong tu hehe. tapi dah kata fresh memanglah kena bayar lebih sikit

Leave a Reply