Moment yang sungguh bermakna

14 Apr

Tengah syok layan bebudak mandi manda masa kat Wet World haritu, tetiba suasana jadi kelam kabut. Haha..poyo jer. Kelam kelibut macam semua pun berlari lari kearah sesuatu.

Pastu nampak plak cameraman TV3.

Dari jauh kulihat hijau. Siap dengan alunan muzik sekali. Ohh band tentera rupanya. Nyambut siapa ekk? Idok ler teman tahu masa tu ada VVIP ropanya.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi our Menteri Pertahanan in the house.

Sompek laie laki den ni salam haa.

Dato’ Seri ni asal dari Bagan Datoh. Masa kat sini adalah sorang nenek ni (yang bertudung labuh hitam) terus gi peluk Dato’ Seri. Sambil tu cakap2 dah lama tak jumpa semualah. Ohh maybe makcik ni jiran tetangga Dato’ Seri masa kekecik dulu kot. Gitulah dah jadi pemimpinkan, masa terhad sangat..ada event2 camni dapat dia jumpa orang kampung balik.

Persembahan ditengah panas terik.

Bz banget beliau. Lepas interview tu, ada sesi bergambar dengan ahli KERABAD. Siapa nak sila q. Apalagi, abang ngan hero kecik tengah syok berendam tu kitorang drag sama q..hihihi

Tadaaa! Sori Dato’ Seri, my kids basah lencun kataku (ohh haku pun lencun separuh badan ni). Takpe2 tak kisah..meh sini boleh jer amik pic sesama katanya. Sungguh polite budi bicara beliau 🙂

 

No comments yet

Leave a Reply