Hari melayan mak dan abah

5 Apr

Tup tap tup tap, kejap jer dah masuk bulan 4. Means ada dalam 2 bulan jer lagi wedding adik i. Teman nak nompang debor gaklah..hihi

So haritu bawaklah mak abah gi cari kain baju nak pakai masa adik nikah ngan sanding nanti. Melilau nun satu lembah klang…

Pengikut wajib. I taktahulah hero kecik ni, asal nak keluar jalan jer..meluru dia sarung baju Transformers. Baju tu dahlah selai jer. Asal keluar jer nak pakai tu, nak beli yang lain dia takmo..nak yang tu jugak..haru!

Memula kitorang gi kat Jalan TAR. Perghhh..menetes netes peluh ni. Bau masam masin semua completelah..haha! Kat situ tak jumpa pulak yang berkenan.

Dari situ kitorang gi pulak PKNS Shah Alam. Cari benda sama gak, baju melayu abah ngan kain ela untuk mak. Kat situ pun tak jumpa. Takde yang berkenan kata mereka..hemoii hemoii..hihi..layankan jerlah.

Ni haa, masa jejalan dalam PKNS tu i nampaklah kedai persalinan untuk pengapit2 ni. Sekali nampaklah cenonet ni haa..haha comel! Bak kata si abang, macam bosss jer. Abang taknaklah..tetiba jer dia ni. Tah sape offer dia…

Last2 kitorang pergi pulak Jakel Shah Alam. Masa sampai tu tengah ada happy hour. Tapi untuk kain chiffon jer. Mak nak kain silk..memang all time faberet tu. Sepanas mana pun terik mentari, kalau pakai silk..tetap sejuk jer kat badan. Tu pandangan memasinglah kan. Tak kisahlah kain apa asalkan cukup kain yang pentingnya!

Menggila jugak orang ramai gi serbu kat area kekain happy hour tu.

Akhirnya jumpa jugak, sepasang pakai masa adik nikah..sepasang lagi pakai masa dia sanding. Mak suka beli kain ela dari yang dah siap punya. Takpelah dia pandai jahit..hihi..i tolong jahit seluar koyak bolehlah! Baju melayu abah pun beli kat Jakel jugak..senang nak matching kaler ngan mak terus.

Tinggal baba ngan i jer belum gi cari baju lagi. Hehe..yang tu kenot bring the two kiddos. Takpe kitorang cari last minute pun ok lagi, i suka beli yang dah siap jer..ngam2 kat badan sudah.

Macam nak pengsan monitor budak berdua ni. Baba tak follow masa pergi ni, yang paling seksa masa kat Jalan TAR lah. Takpe lagi mencabar jaga bebudak ni, lagi happening rasa hidup..boleh menyedapkan hati gitu?

 

6 Responses to “Hari melayan mak dan abah”

  1. liz April 5, 2011 at 2:19 pm #

    hehehe..dasat sungguh misi pencarian tu.kl ke shah alam.mau tak berpeluh…

    • rillys April 5, 2011 at 2:51 pm #

      dah tau risikonya, tapi nak jugak..gataiii..hehe

  2. Dee April 5, 2011 at 10:38 pm #

    tetiba teringat dulu shopping baju raya..dari jln tar ke wangsa maju ke pkns shah alam..penat..tp puashati kalo dpt baju yg kita berkenankan..

    • rillys April 6, 2011 at 10:45 am #

      yer sis, setuju bangat! balik tu kompem tersonyum yor..hihi

  3. mummysyafie April 6, 2011 at 9:12 am #

    dah cari baju raya ke dear? harus pilih mana yang berkenan kan

    • rillys April 6, 2011 at 10:45 am #

      bukan baju raya nor, baju untuk wedding adik ly..hehe..tp yerlah mmg dah nak kena cari baju raya ni

Leave a Reply