Final preparation kata orang

11 Mar

Fuh fuhh..pejam celik pejam celik kejap jer dah weekend. Tu takpe lagi, yang excitednya weekend ni kitorang akan bergumbira raikan our Family Day kat PD. Tapiii..takleh hepi2 sangat, kena bersederhana kata orang. Yang penting niat untuk merapatkan hubungan kekeluargaan tu tercapai…amin

Memacam preparation dah buat. Ngalahkan corporate punya family day.

Ni masa kitorang balik melaka haritu. Gi rumah adik abah. Tolong siapkan video presentation, paperwork2 dan benda yang berkaitan untuk printing.

Sampai kul berapa pagi pun taktahulah masa ni. Kemain lena orang bujangku berdua ni. Tidur pulak kat serambi..perghhh angin dia!

Pastu yang ni pulak masa sesi wrapping hadiah haritu. I amik half day, temankan abahku gi cari segala jenis hadiah berkaitan. Malam tu ramai2 kumpul kasi bungkus itu hadiah.

Meninggikan hamper. Jimat betul wrap hamper sendiri. Suka suki jer tinggi mana ko nak.

Taraaa! Clap clap! Hadiah dah siap.

Lagi dan lagi

Dan lagi..i amik mana yang dah siap wrap. Pengsan nak tunggu semua siap wrap. Elok jer bungkusan terakhir tu, i terus pengsan sebelah hadiah2 ni..hahaha!

Stickers untuk dilekat pada tempat yang patut. Pengaruh anak anakku yang masih kindy, so design pun dah macam kekanak ribena jer. Gasak.

Sijil. Saja takde kerja buatkan cert ni. Buat kenangan 🙂

Segala jenis mak nenek form pon dah ready. Tu mesin tu nampak tu.

Mesin tu untuk laminate apa2 yang patut. Best best! I memang suka betul buat kerja kerja camni. Lagi tak cukup tidur lagi memacam benda tak patut ada diadakan. Boleh?

Kot i letak muka tak cukup tidur kang korang pengsan pulak..hahaha! So replace dengan muka shirah jerlah. Ohh malam ni kena tidur awal. Mau recharge energy untuk sukaneka petang esok. Simple simple pun family day ni yang penting mesti happening! Have a pleasant weekend!

 

4 Responses to “Final preparation kata orang”

  1. mummysyafie March 12, 2011 at 5:23 pm #

    lily..siap ada sijil bagai. respect la dengan kegigihan family lily buat semua ni. enjoy urself k..

    • rillys March 15, 2011 at 11:09 am #

      saja sesuka jer nor..hehe..thanks yer!

  2. beja March 14, 2011 at 8:45 am #

    bagus tol la family lily ni tau.. ada hr keluarga lg.. hero kecik mcm dah kurus sikit.. ke sbb da makin tinggi ye..

    • rillys March 15, 2011 at 11:08 am #

      hehe..memula susah gak nak gatherkan family ni..aah dia makin tinggi kot tu nampak kurus plus kelasakan
      yg melampau

Leave a Reply