Nak yang fresh meh ke sini

10 Mar

Pasar borong memang kitorang selalu jejaki selang 5 hari gitu. Yang dekat dengan our house is Pasar Borong Selangor. 24jam dibuka. Kekadang 2-3am pun i ajak baba pergi. Pastu lepak kedai mamak. Dah macam bersahur pulak rasanya.

Harga memang sangat berbaloilah..lelong lelong!

Berlambak lambak u. Rasanya kalau buang kucing kat sinilah tempat paling munasabah. Mewah kucing kucing yang hidup kat sini.

Macam macam ada

Pilih jer mana nak ikut budget. Budak berdua ni kalau pasal masukkan ikan dalam plastik memang faberet. Selagi ko tak suruh berenti memang habis ikan dalam bekas tu.

Maa, yang ni elok tak? yang ni yang ni? Tu dia pak nam kepochi ni. Pada yang tak biasa bau bau mucuk macam, tak kiralah bau ikan ke bau penjual ikan ke..kehkehkeh..gi lah beli kat pasaraya jer. Ada jugak yang datang sini pastu non stop dok tutup hidung siap buat muka nak muntah. Ehh ehh haa kang dapat dosa free jer i dok mengata. Kalau geli dan loya dinasihatkan jangan datang yer.

Apepun, kalau nak yang fresh…disini semuanya ada! Sekian laporan dari pengunjung setia Pasar Borong Selangor 🙂

 

6 Responses to “Nak yang fresh meh ke sini”

  1. Dee March 10, 2011 at 4:32 pm #

    sesekali pergi seronok jugak kan..beli brg basah fresh2..

    • rillys March 11, 2011 at 10:24 am #

      aah..kekadang kat kedai runcit punya..aduhaiii..mahal satu hal..pastu dah tak elok jer

  2. kamariah awang March 10, 2011 at 7:15 pm #

    Seronok memborong ikan murah2 nampaknya..

    • rillys March 11, 2011 at 10:23 am #

      beli mana mampu jer aunty..hehe

  3. lemonade March 10, 2011 at 11:46 pm #

    walaupun bau busuk tapi ni la tmpat org pompuan cam kita suka pegi

    • rillys March 11, 2011 at 10:22 am #

      gimme five! kalau dah lama tak pergi rindu pulak bau bau tu..hihi

Leave a Reply