Mesin basuh pun pandai jual diri

24 Feb

Washing machine kalau dah rosak, memang nangislah. Ecehhh..orang dedulu rileks jer main cuci pakai tangankan? Tapi memang ada sesetengah baju i cuci pakai tangan, especially baju kerja..baju kurung..yang lelain campak jer dalam tong mesin.

Luckily ada kedai dobi layan diri ni 😉

Sungguh terasa macam zaman U dulu. Kat bawah hostel ada mesin basuh layan diri gini. Sambil dating ehh sambil study boleh buat laundry.

Yang funnynya kitorang lupa nak tukar coins. Dahlah baju banyak gilos..sekali 4 mesin nak pakai. Menggila gi tukar coins berbelas hengget. Boleh pakai coins 50 sen n 20 sen.

Yang ni untuk muatan 5-6kg. Sekali pakai rm3.

Yang ni untuk muatan 8-9kg. Sekali pakai rm4. Tapi masa ni semua full dengan baju orang. Diorang letak jer pastu melenjan gi tempat lain. Yang pastinya bila dah on time tolong ler datang keluarkan baju2 yang dah basuh. Kalau tak memang ada yang campakkan kat longkang depan tu..ngehhh

Pastu kalau rasa malas nak sidai baju balik kang, sumbat jer dalam dryer ni. RM3 sekali pakai. Oklah tu!

Ni ada contact no. kalau nak tahu kat mana ada lagi kedai ni. Ada a few cawangan yang dia tulis kat situ..kajang, serdang, bangi, puchong..call laa kalau nak tau.

Pembantuku yang paling setia. Tukang masukkan duit syiling. Si abang pun tolong jugak. Tolong masukkan baju yang nak basuh dalam mesin. Sambil tu dok perli2 bersin sebab bau masyemmm..kehkehkeh!

 

8 Responses to “Mesin basuh pun pandai jual diri”

  1. mummysyafie February 24, 2011 at 11:13 pm #

    hihihi..nor pun baru rosak mesin basuh aritu. tak bleh nak tunggu lama la li..takde mesin macam nak terbalik rmh. hihihi

    • rillys February 25, 2011 at 10:30 am #

      washer kalau takde betullah nor, haru biru jadinya. nangis tgk baju menggunung..hehe

  2. erin February 25, 2011 at 1:54 pm #

    kira bagus pe msia ada laundry service layan diri ni kan?
    kalo tak susah la sape2 yg mesin basuhnya rosak
    kalo dari dulu dh ada mesin ni sure atok nenek kita suka kan..? hiihih
    ai dulu kat sana mmg diorg jenis suka tinggalkan baju yg tgh dimesin
    tp dah tinggalkan sekali bakul or beg plastik besar
    means paham2 la kalo mesin dh hbs basuh, tlg la masukkan dlm bekas yg diorg sediakan
    heheheh

    • rillys February 25, 2011 at 2:12 pm #

      lagi bagus hahaha..siap bagi hint suh org masukkan dlm bakul..ekekeke..tp wonder kalau org mesia nak ke tlg gitu? maybe ada kot..tp mostly rasanya akan campak keluar..kehkehkeh

  3. eynda February 26, 2011 at 3:48 am #

    Susah nak jumpa laundry macam ni…kids mesti bersemangat nak tolong buat laundry hehe…

    • rillys February 28, 2011 at 11:10 am #

      ly pun baru tahu ada. the kids kalau buat apa jer memang semangat. terlebih nak memandai..hehe

  4. mar March 2, 2011 at 12:45 am #

    pergh! kt mane ni? tetibe rase mc nk buat bisness ni. mesti masyukkkkkkk!

    haha! tetibe.

    • rillys March 2, 2011 at 10:57 am #

      yg akak pergi ni kat sri serdang. ada byk cawangan lain lagi..boleh call kat no. tu..

Leave a Reply