Makin lama makin besau

23 Feb

Toys bebudak sekarang memacam pesen. Bebaru ni kan birthday si abang, so pakngahnya bagilah hadiah spesel kononnya. Hahaha tak bersyukur punya mak 😀

Toys apa lagi kalau bukan Ben 10. Kena bagi dua walaupon birthday sorang jer. Kang si adik sentappp satu halll pulak.

Hairan betul lah..benda macam jam gini pun boleh cecah sampai dekat rm150 satu. Tapi adalah keluar bunyi2 lampu2 benda gerak2..interactive gitu. Idok ler kalau mama yang nak belikan..ngeh ngeh. Baik bayau kindy fees korang nak oii..lepas jugak sorang half fees tu. Kalaulah boleh gadai benda ni..hahaha!

Macam bagus jer. Dapat2 terus tengok instruction. Paham kah??

Tett tett tott tott tett tott!

Pastu benda patung tu keluar ler dari lobang tengah tu. Sambil cakap apa benda ntah nama alien tu. Seb baik sedap sound effectnya. Memang sejibik sejibot lah macam dalam cartoon network tu.

Elok ler tu. Makin lama makin besau jam tangan korang. Lelama sok besau macam jam dinding gamaknya. Sangkut ler kat leher pulak..hahaha!

Apepun tenkiu bro for the gift. Lenkali beli lagi toys yang memahal..hahaha.. save sangat budget aku. Sementara ko belum ada anak lagi ni kan..ke mana lagi nak dicurahkan duit beli toys kalau tak ke anak buah. Sekian 🙂


4 Responses to “Makin lama makin besau”

  1. syeka February 23, 2011 at 4:39 pm #

    klu hero sy dpt cenggini
    konpem nk tido pon dia bwk skali
    best la hero u dpt uncle camni..
    pemurah gitu..

    • rillys February 24, 2011 at 10:14 am #

      pakciknya takde anak lagi bolehlah kot. dah ada anak sok…dia fikir empatploh kali dulu..hihi

  2. mummysyafie February 23, 2011 at 10:54 pm #

    betul tu..kena beli dua2 sekali..even hadiah harijadi pun. kang tak dapat sorang sentap plak.

    lenkali bleh mintak lagi ngan pakcik.

    • rillys February 24, 2011 at 10:14 am #

      apa2 pun memang kena beli double. kita samakan nor..hihihi

Leave a Reply