Kalau takut diseret ombak, jangan cangkung tepi pantai

18 Feb

Kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai. Tetiba jer teringat pepatah tu. Yang pasti i suka sangat kalau ada rumah ditepi pantai. Tak kisah ombak nak lambung ke hape. Aishhh..tenangnya jiwa bila tengok laut kan?

Ehh actually i nak tunjuk pasal pantai kat Seri Ratu Resort & Spa yang i story semalam tu. Ada tapak perkhemahan, outdoor activity dan seangkatan dengannya.

Ni tapak perkhemahan. Kalau bawak khemah sendiri, bayar sewa rm25 jer..tapi kalau nak sewa khemah resort ni..bayar sewa jadi rm45..oklah tu kan?

Memalam takyah takut..spotlight merata kat batang2 pokok kelapa keliling tu. Terang benderang u. So, takleh notty2 ekk..tettt!

Tepi tu berederet2 kedai jualan, kedai makan semua adalah

Ada gak khemah, meja makan, pentas, tapak sukaneka…aishhh semualah!

Yang pakai cap hitam tu one of owner kat sini. Dia dulu timbalan pengarah kat majlis pelancongan negeri sembilan. Tu senang deal terus jer dengan tokey. Macam2 diskaun ko dapat…ahaks!

Tu tali besau terdampar tepi pantai. Memula ingat tali untuk sukaneka tarik tali ke kan. Apekehal besau nau. Rupanya tali kapal daaaa..diorang jumpa kat laut. Khazanah tu..boleh?

Shirah jumpa daun bentuk love. Geli aku budak tengah bercinta ni..hahaha!

Ni lah bebudak yang tak nyempat2 nak terjun laut. Bagi milo ais sorang segelas..slurrrrpppp kejap jer habis! Tak baik tau minum berdiri..ishk2..tak dan nak marah, dah zass zass tukar baju..terjun laut!


14 Responses to “Kalau takut diseret ombak, jangan cangkung tepi pantai”

  1. erin February 18, 2011 at 2:59 pm #

    owh, kiranya jadila yr dad nak amik kat resort ni
    dah berakhir pon mencarian tempat family day ye
    seb baik msia ni penuh tempat utk coti-coti
    hihihih

    • rillys February 18, 2011 at 3:37 pm #

      taktau lagi..hihi..dia baru nak propose kat siblings dia..harap2 semua setuju..letih dah cari..hehe

  2. azzey February 18, 2011 at 3:15 pm #

    Ngeri plak tgk tali yg besau tu…sekali pandang cam ular sawa pun ada…hu3..

    • rillys February 18, 2011 at 3:36 pm #

      kitorang pun geli gak..gila betul kalo memlm org tak perasan..hihihi

  3. suliana February 18, 2011 at 3:55 pm #

    samala muka adik dgn lily.. hehe

    • rillys February 18, 2011 at 4:34 pm #

      yer ke? tapi perangai sgt lain..hiks

  4. attyfir February 18, 2011 at 4:12 pm #

    kty pun suka je..berumah ditepi pantai..besh..dgr bunyi ombak

    • rillys February 18, 2011 at 4:34 pm #

      tapi lelama boleh gelap ke dek sunburn? ngeh ngehh

  5. huda February 19, 2011 at 9:40 pm #

    arghh..bestnyer mandi laut..

    • rillys February 21, 2011 at 10:52 am #

      arghhh jugak..pergilah mandi laut 😛

  6. REDBLOODSNOW February 21, 2011 at 11:19 am #

    hehe….in love lah dgn tajuk entry nih. cam a new pantun lah plak..hikss

    • rillys February 22, 2011 at 10:08 am #

      hik hik..saja taktahu nak letak title apa tu 😛

  7. kaseh February 21, 2011 at 10:03 pm #

    ada swimming pool tak ly resort nih… tgk tpt dia da ok dah..

    • rillys February 22, 2011 at 10:05 am #

      takde pool sis, pool dia laut terbentang luas tu..hiks

Leave a Reply