Rita Rudaini dan mertua dah berbaik

30 Jan

Hai, nak keluar kemana tu? Jap jap..nak dengar cerita bahagia pasal artis Rita Rudaini tak? Meh meh…ni pasal berita petikan daripada mStar online pagi tadi yang Rita dan mertua dah berbaik..alhamdulillah 🙂

Semuanya bertitik tolak dari usaha Aidil Zafuan yang telah membawa ibu dan bapanya Azizah Arshad dan Abdul Radzak Salleh, untuk menziarahi cucu mereka, Airit Rayyan Rizqin yang berusia dua tahun di pusat perubatan Prince Court akibat demam panas.

“Ketika tiba di pusat perubatan berkenaan, Rita telah meluahkan segala isi hati yang terbuku selama ini sehinggalah kedua-dua pihak bermaaf-maafan bagi menjernihkan segala kekusutan yang terjadi.

“Emak sayangkan Rita. Mak restu perkahwinan Rita dengan Aidil,” kata Azizah sambil memeluk menantunya dengan linangan air mata.

Rita juga turut mencium tangan Abdul Radzak sambil kedua-dua mereka meminta maaf di atas segala masalah yang telah berlaku selama ini.”

Aishhh..touching betul pulak rasa. Syukurlah sengketa 3 tahun tu dah berlalu. Harap dengan kelahiran bakal anak kedua diorang ni akan memberi lebih kebahagiaan kepada mereka. Pasnih nak tunggu Rita dengan biras dia..Ayu Raudhah pulak laga pipi.



4 Responses to “Rita Rudaini dan mertua dah berbaik”

  1. suliana January 30, 2011 at 7:54 pm #

    wah.. kemain lily jadi repoter eh. hehe.. anyway. like to read about celebrity.. hehe.. sedih plak kan time ni.. bgus la dah bebaik..

    • rillys January 31, 2011 at 8:55 am #

      pasal artis kalau berita happy2 ly sukalah share..tp kalau yg gosip liar tu haiyooo..buat tambah dosa kat blog jer..hehh!

  2. lemonade February 1, 2011 at 7:31 pm #

    macam2…tpi cara ko present citer ni aku respek la

    • rillys February 1, 2011 at 10:46 pm #

      cerita bahagia aku suka jer nak hebohkan 🙂

Leave a Reply