Mandi diterangi sinaran bulan

26 Jan

Bosan tak mandi guna air panas kat rumah? Sesekali layanlah air panas yang semulajadi. Nak tahu kat mana..jom gi Kolam Air Panas, Selayang.

Maaf muka ‘bogel’…hehe..kata nak gi mandi manda, takkan nak mekap tebal seploh inci kot. Secalit pun tarak. Lantak pi lah…


Kitorang pergi malam minggu lepas. Boleh tahan gak ramai orangnya.


Hero2 kecik dan hero besar. Lep them so much!


Kan dah kata ramai manusia sejagat. Siap pakai kain pelikat, kain batik, towel semua completelah. Pastu bawak pulak baldi, gayung dan seangkatan dengannya. Meriah u!

Kat sini cahaya lampu tak berapa nak ada. Memang macam mandi diterangi sinaran bulan gitu. Tapi takyah nak seram..bising nak mamps kat situ.


Diorang ni either nak jimatkan air kat rumah or memang suka mandi air panas semulajadi kat sini. Kata orang memacam penyakit boleh beransur pulih. Insyaallah dengan izinNya ๐Ÿ™‚


Kat sini ada 3 telaga besar. Careful yer yang bawa kids tu. Jangan bagi diorang terjun pulak, air kat dalam tu memang panas!


Nampak tu..berasap2 berkepul2..scary pulak tengok..hiks!


For intro kita lap2 jerlah. Kang melompat pulak bebudak ni kena air panas.


Bila dah agak2 suam sikit panas tu bolehlah mulakan mandian. Niat datang pun memang nak mandikan bebudak ni. Diorangkan baru baik gatal2 teruk satu badan. I tak mandi pun, just rendamkan kaki dalam baldi. Pastu siramย  kat tangan, basuh2 muka..pastu wap2 kan muka..ohh best!


Budak susah nak mandi pagi ginilah. Takut air..hahaha!


Kitorang pergi lepas maghrib. Sampai 11pm lebih baru balik. Serious punya letih dan ngantuk. Tengok mata memasing pun dah layu. Balik tu memang lena habis tidur.

Mak dan abah i pun follow. Diorang mandi kat situ..esok tu bangun rasa ringan sangat badan katanya. Mak i selalu lenguh2 kaki, kebas2 tangan.. alhamdulillah ada kurangnya. Kena rajin pergilah kot. Ada orang tu dari lumpuh sampai boleh jalan! Kuasa Allahkan..bagi penawar melalui air mata air tu ๐Ÿ™‚


18 Responses to “Mandi diterangi sinaran bulan”

  1. attyfir January 26, 2011 at 3:50 pm #

    kty penah pergi sekali je kat selayang nie

    kat langat pun byk gak kolam air panas.

    • rillys January 27, 2011 at 11:01 am #

      merata-rata ada ekk. baguslah senang orang ramai nak pergi.

  2. kniedaz January 26, 2011 at 4:57 pm #

    penah gak mandi air panas cam ni kat kedah tapi lupa nama tempat tu…pastu g lost world of tambun pun ada kolam air panas ni..hehe..

    • rillys January 27, 2011 at 10:58 am #

      tu semua kena bayar ekk..yg ni free ๐Ÿ˜€

  3. Dee January 26, 2011 at 10:19 pm #

    kt situ mmg ramai org kan sis..eloklah dia cantik2 sket mcm poring kt KK tu..hygienic sket kot..:)

    • rillys January 27, 2011 at 10:58 am #

      ly pergi malam..tak nampak kekotoran yg ada..hahaha

  4. kaseh January 27, 2011 at 12:50 am #

    mmg ramai member ckp kat situ bagus.tapi tak penah try lagi.. padahal dulu hari2 ulang alik..bila dah dok jauh ni lagi malas rasa nak pi..teringinla pulak..hehe

    • rillys January 27, 2011 at 10:57 am #

      sesekali gi lah sis. meriahkan suasana…

  5. Wawa~* January 27, 2011 at 10:29 am #

    akak x mekap upa dah camtu punya cantik… saya adalah jeles ye.. hehe. bestnyer gi mandi manda sesama family~ ^^

    • rillys January 27, 2011 at 10:56 am #

      ehem..ni puji ke perli..hihihi..mmg best mandi sesama family walaupun kegelapan

  6. lieza January 27, 2011 at 12:13 pm #

    wlupun dkt dgn umah skali pon xsempat singgah agi..ehehehe

    • rillys January 27, 2011 at 1:53 pm #

      rumah area situ ke? bila nak gi terjah situ..hehe

  7. Ada Dalina January 27, 2011 at 12:31 pm #

    wowww..cam best jer….

    • rillys January 27, 2011 at 1:52 pm #

      wowww jugak..hehehe

  8. erin January 28, 2011 at 4:56 pm #

    uit, tatau pon ada kolam air panas kt sini
    ingtkan kat perak je ada
    btw, ni kolam air panas natural atau buatan manusia?

    • rillys January 29, 2011 at 10:34 pm #

      perak katne? trolak tu ekk? yg ni natural punya…

      • erin January 31, 2011 at 11:33 am #

        yup..trolak..

        • rillys February 1, 2011 at 10:50 pm #

          tu lah hawa ada ajak pergi haritu..diorang kata better than Pedas

Leave a Reply