Meatball seploh ketul! Karipap sedozen!

18 Jan

Kalau dah nama berdating dengan bff, dah tentu-tentulah best banget yer dak?! Pastu memasing tak bawa anak n husband pulak tu. Lagilah double triple enjoy! Please don’t get me wrong yer..hehehe..pepaham sudehhh.

Aisehhh tuan punya camera nampak hujung spek jerlah pulak.

Mulanya si hawa ni lah..dok layan gi Ikea sesorang haritu. Dah tak semena-mena digodanya kitorang yang lain. Kan dah terset nak dating terus hari jumaat lepas.


Ok dah nampak tuan punya hujung spek tadi..hawa. Dengan nani..haa nani terpaksa bawa both ‘handbag tambahan’ dia. Haritu kebetulan negeri sembilan cuti, so babysitter diorang pun haruslah cuti. Maka jadilah anak-anak nani sebagai anak tunggal kami temporarily.


Tempat luas kat Ikea, tapi tak bagi dia turun nak gi celah bedah sana sini..dah tentu-tentulah nangis sekuat hati!


I suka jer melayan bebudak lasak ni. Kata mother to 2 heroes yang super lasakkan. So bagi chance ibu dia gi shopping jap. I handle amie bam bam. Tu nampak tak arrow tu..haa tu masa i tengah dok berposak-posak nak keluarkan dia from the cabinet! Thumbs up lah amie..memang boleh geng dengan abang n hero kecik.


Chica ni senang jer melayan dia. Pok pek pok pek dengan dia..pastu gelak-gelak..dia ok jer..best2! Seronok tengok mini kitchen mainan ni. Kalaulah kekecik dulu ada mainan ni kompem dah lama terer masak. Hiks!


Bila tengok diorang berdua ni tetiba rindulah pulak kat my 2 heroes tu. So i bought them few things for their bedroom. Takdelah diorang bebel banyak sangat bila i balik nanti.


Nak beli things for diri sendiri macam tak masuk akal pulak..haha..sebabnya bak kata baba any big things yang nak beli dia kena datang tengok dulu. Iyolah..maka pendam jerlah dalam hati.


Yang penting dapat makan meatball dan karipap Ikea!

Dan esoknya i datang balik ikea. With baba n my heroes..hihihi..takleh tidur malam wooo terbayang2 things yang menjadi pojaan hatiku. Tapi yang within budgetlah. Nantilah story the mory. Apepun i really enjoy the date with my bff..muah muahh!


8 Responses to “Meatball seploh ketul! Karipap sedozen!”

  1. zai January 18, 2011 at 4:05 pm #

    ngeh ngeh ngeh setahun bape kali da gathering…mode: jeles!

    • rillys January 19, 2011 at 10:42 am #

      hik hik..semua stay dedekat..so senang nak gather. nak join? hehehe

  2. attyfir January 18, 2011 at 4:30 pm #

    salam lily
    kalo pegi ikea tak makan meatball mmg rugis kan .

    • rillys January 19, 2011 at 10:42 am #

      betul kak. tapi kalau dah pack sangat. pengsan!

  3. Dee January 18, 2011 at 5:22 pm #

    seronoknya..makan tanpa sempadan..hihihi..leh tak i tinggalkan 2 anak dara tu ngan you..larat x? hahaha..

    • rillys January 19, 2011 at 10:41 am #

      ok pastu u jaga 2 hero i tu..deal? hahaha!

  4. kaseh January 18, 2011 at 5:54 pm #

    wahhhhh da lama teringin meatball ngan karipap ikea…tapi nak kesana yg malasssssssss giler… jauh..heheh

    • rillys January 19, 2011 at 10:41 am #

      sesekali takpe sis..hihihi..tempat lain tak jumpa meatball tu..cewah :p

Leave a Reply