Minta dijauhkanlah ada baby yang kena buang 9 bulan lagi

12 Jan

Dah 12 hari berlalu tahun 2011 ni. Baru teringat tak story lagi kisah malam tahun baru kitorang. Nak jugak rasa kemeriahan macam orang lain.

Ke mana lagi kalau tak bawa the kids pergi tengok bunga api warna-warni.


Kali ni bawak pergi kat KLCC. Tapi tak turun kereta pun. Tengok dari dalam kereta kat tepi jalan jer. Sampai KLCC around 11pm camtu. Pastu buat pusingan keliling KLCC cari port baik punya. Kereta pulak memang banyak kat atas jalan, bergerak pun macam siput. Half an hour pastu masuk parking tepi jalan. Berderetsss kereta dah cop tempat.

Tepat jam 12am bunga api pun meletus! Punyalah sakit tengkuk dok mendongak lelama. Rasa nak baring jer atas jalan. Lagi selesa tengok bunga api tu kot. Elok jer habis letusan bunga api yang terakhir..kitorang pun berdesuppp balik. Masa tu jalan clear lagi..selamat u. Dapat dengar sorakan orang ramai dengan tengok bunga api secara live dahlah. Motif tercapai!


Bebudak pun pakai baju tidur jer. Senang..sampai jer rumah basuh kaki terus tidur. Tapi i tak sure ada ke konsert malam tu kat KLCC? Yang i tahu kat dataran adalah..anjuran Ambank. Apepun tak kisahlah sambut katne pun. Yang penting janganlah 9 bulan dari sekarang ada jer baby yang kena buang. Sekian.


2 Responses to “Minta dijauhkanlah ada baby yang kena buang 9 bulan lagi”

  1. kaseh January 12, 2011 at 7:30 pm #

    tul tu.. mudah2an takde la yg buang anak…tapi kalau lagi 9 bulan ada yg buang gak tuh..anak tahun baru la tuh..konpim 😛 nauzubillah

    • rillys January 13, 2011 at 10:51 am #

      betul tu cikgu. eh tetiba 😀

Leave a Reply