Dimana ada asap disitulah port yang best untuk duduk

11 Jan

Haritu dah buat bbq dengan kekawan terbaik dihati. Selang seminggu lepas tu rindu pulak nak ber-bbq lagi. Ngado. Makanya ber-bbq lah lagi sekali. Kali ni dengan keluarga terchenta pulak.

Beginilah nasib diriku yang takde maid. Sendiri kasi marinate ayam2 itu. Merasalah diorang makan ramasan air tanganku yang belum mandi masa tu..haha! Ikan, sotong, udang dan seangkatan dengannya orang lain kerjakan.


I suruh shirah layan abang dengan hero kecik kat atas. Kalau tak, diorang mengacau kang memang sampai subuh esok tak siap2 marinateku. Mahu dengan diorang i marinate sekali kang. Geram punya pasal. Tapi takdelah sampai nak panggang anak sendiri.



Memang terbaik! Saat inilah yang dirindukan.


Bakal adik ipar. Diimport khas dari Seremban. Siap dapat greenlight from my parents untuk check in tidur kat rumah kitorang malam tu. Bukan senang nak dapat tidur sebumbung dengan tunang sendiri..haha! Boleh?


Angah dan iela. Tak rugi belanja diorang ni makan. Tukang makan yang hebat. Thank you kerana menyerikan suasana dihening malam.


Dimana ada asap disitulah port paling best untuk duduk makan waktu bbq gini. See..i dah pakai baju kaler lainkan. Yang tu lah yang muka kena censored sebelah mak tu. Kan dah kata masa ramas ayam nak marinate tadi tak mandi lagi..haha! Dah mandi dapat pulak makan ayam panggang. Memang terbaik!


Manusia paling rajin on the day. Kata adik yang paling bongsu. Harusssslah rajin melayan abang2 kakak2 dan mak bapak sendiri.


Budak bertuah berdua ni? Diorang layan kartun kat dalam sambil makan ayam panggang. Siap berlenging lagi. Bila kitorang gelak kekuat kat luar boleh dedua berdesupppp lari keluar ketakutan..haha!



6 Responses to “Dimana ada asap disitulah port yang best untuk duduk”

  1. angriani January 11, 2011 at 5:58 pm #

    uwaaaa x ajak sis yer
    hikssssss

    • rillys January 12, 2011 at 11:09 am #

      u bz study sis. takmolah kacau 😛

  2. are_t January 12, 2011 at 9:21 am #

    hehe..nape diorg lari kuar kak? excited ke takut?

    • rillys January 12, 2011 at 11:08 am #

      lari sebab ketakutan..hehehe

  3. Sumijelly January 12, 2011 at 12:58 pm #

    wah………bestnya BBQ……… lama tak makan…… alahai… nantila.. nak gakbuat la…huhuhu

    • rillys January 12, 2011 at 1:35 pm #

      buat jgn tak buat. nak2 kalau dah tahap mengidam..hihihi

Leave a Reply