Corat coret AJL 25. Pak Aziz Satar the best!

10 Jan

Sana situ sini orang celoteh pasal AJL25 semalam. I pun nak mencoret sikitlah. Best ke tak best ke, keputusan adalah muktamad. Nak taknak silalah telan yer. Kalau tak puashati apa kata gi apply jadi juri next year? Tettt!
Jangan marah haaaa…

Pengacara2 AJL25 ni oklah. So so kata orang. Faizal kot i rasa banyak hidupkan suasana. Even lawak dia agak tuttt sikit, tapi bolehlah nak releasekan sikit ketegangan penonton yang tak senang duduk sebab semua finalist AJL25 adalah terbaik!

Tapikan cheryl kalau pakai agak tertutup yang lebih sikit i rasa ok kot. Sorry tak jumpa pulak pic masa diorang mengazara malam tadi. And faizalkan, kenapa ‘kot’ dia macam pendek sangat jer? Terserlah keketatan dibahagian depan seluar. Tuttt again!


Pengacara for red carpet. Cantikkan baju dynas? Kalau orang dah tinggi.. pakai hokkk gini pun kelasss!


Siti, few hours before the event. Dia tak sihat actually semalam. Batuk, kahak, sakit tekak semua completelah. Kasihan…


Tapi apepun, tatap show dia yang paling meletup semalam! Lenggok dia tak boleh tahan weiii..senget2 kepala dato’2 gatal yang melihatnya 😀


Ni masa shahir dok rehearsal dengan nasha. Nangis tak rozita che’ wan? Ngee!


Apepun, congrates to Ana Raffali! Siapa sangka pada mulanya dia hanya main nyanyi2 n post video kat youtube. Sekali tup-tup aidit alfian, komposer tu..minat pulak tengok. Terus ambil dia jadi recording artis! Rezeki rezeki..and malam tadi dapat pulak jadi juara :-)..bila tengok ana raffali terus rindu sama Nora Jones!

So, siapa yang ada bakat terpendam ke terendam ke terlemas ke..bolehlah boleh jadikan youtube sebagai landasan kay.


Pesaing terhebat malam tadi, Yuna. Minat tak? Minat tak? Oklah..takdelah minat gila babis gitu. Suka jugaklah dengar lagu-lagu dia. Tapi mengapakah dia sanggup berfesyen begitu. Tett!


And last but not least, i rasa persembahan paling touching malam tadi adalah Faizal Tahir dengan lagu Selamat Malam. Dan yang paling cute atas pentas mengiringi lagu tu of course Pak Aziz Satar kita dan isteri! Romantik dan kelakar 🙂

***pics credit to Cari Forum


2 Responses to “Corat coret AJL 25. Pak Aziz Satar the best!”

  1. lemonade January 13, 2011 at 3:57 am #

    hehehe…tett

Leave a Reply