Meremang dengar pesakit histeria berubat

5 Jan

Kita ni kalau didatangi penyakit kenalah ikhtiar cari penawar. Be it moden or tradisional, yang penting usaha dan tawakal kita. Insyaallah akan dipermudahkan.

Few weeks ago abang n hero kecik kena gatal-gatal kulit. At first ingat biasa jer. Doktor pun just bagi cream n ubat tahan gatal. Lelama macam melarat pulak satu badan. Duhhh..seriau betul. Pastu puaslah gi amik jab, sapu memacam krim, memacam campuran daunlah kunyitlah santanlah. Mana yang kata insyaallah boleh elok kitorang dah cuba. Adalah kurang sikit tapi pastu datang balik.

Minggu terakhir cuti sekolah i bawa diorang pergi darussyifa’ kat bangi. Dulu pernah sekali datang sini. Masa shirah nak masuk standard 1. Punyalah susah minah tu nak pergi sekolah. Takut tak tentu pasal kononnya..hehe..last2 berubat kat sini jumpa Ustaz Haron Din. Alhamdulillah berhasil.


I pergi hari selasa petang. Kebetulan Ustaz Haron Din ada tapi dia just rawat pesakit yang kena gangguan makhluk halus. Pesakit2 lain ada ustaz2 perawat lain yang handle. Anak murid Ustaz Haron Din jugak. Punyalah ramai manusia dalam waiting list. Alang-alang dah datang kitorang tunggu jerlah.

Cakap pasal gangguan semua tu, kitorang yang dok kat luar ni boleh dengar pesakit2 yang histeria tengah berubat. Meremang jugaklah bulu roma ni u. Ada yang jerit suara halus, kasar..tengking Ustaz tu..sumpah seranah semua cukuplah boleh dengar. Pastu mana yang bawa baby, ustaz2 perawat tu suruh diorang masuk berubat kat bilik lain dulu.


Lama menanti. Macam2 jenis orang yang datang nak berubat kat situ. Yang pasti semua tu dah cuba perubatan moden tapi belum diizinkan Allah untuk sembuh. Berubat kat sini takde caj tertentu yang dikenakan. Sedekah jer berapa ikhlas kat dalam tabung yang disediakan.

Kat sini jugak ada dijual air mineral untuk tujuan perubatan. Biasanya ustaz perawat akan tawar air tu dengan bacaan doa. Macam kes abang n hero kecik, selain bagi air penawar, ustaz tu urut2 tangan kaki diorang..urut2 macam buat syarat nak buangkan penyakit.

Ustaz yang handle kitorang tu cakap tangan dia pernah dimasukkan dalam buaya. Adalah syarat nak completekan ilmu berubat diakan. Jadi insyaallah boleh bantu buangkan penyakit dengan izin Allah.

Pastu ustaz tu suruh sapu kulit yang gatal tu dengan campuran gambir, bedak sejuk dengan daun belimbing besi.


Darussyifa’ terletak kat kawasan perumahan banglo kat bangi. Sunyi sepi jer keadaan kat situ. Nak tahu detail boleh klik –> darussyifa’ online


Alhamdulillah dah seminggu lebih sekarang berubat kat sini. Syukur nampak perubahan kat kulit abang n hero kecik. Dan ngam2 on time baik masa sekolah nak start. Cuma tinggal bekas parut yang tu kena guna ubat hilangkan parutlah.

Balik tu hero kecik cakap ada a few benda hitam putih main terbang2 kat area rumah tu. Tapi dia tak sampai nak tangkap. Huhhh?!



6 Responses to “Meremang dengar pesakit histeria berubat”

  1. REDBLOODSNOW January 5, 2011 at 3:44 pm #

    MMG MEREMANG WOOO BILE TGK OR DGR ORG YG KENE HISTERIA DI RASUK N DI UBAT. COZ PNAH LALUINYA TIME SEKOLAH ZIE KENA HISTERIA DULU…HEHE

    • rillys January 5, 2011 at 4:21 pm #

      ohh zie pernah kena ke dulu? haiyooo..seb baik tak repeat2. ramai yg dah baik selalu kena balik..minta dijauhkan

  2. mar January 5, 2011 at 11:36 pm #

    kene buat appointmnet ke kak lily or just terjah je?

    • rillys January 6, 2011 at 11:51 am #

      terjah jer sis. takyah appointment. tgk kat website tu ada schedule dia

  3. erin January 6, 2011 at 4:51 pm #

    huhhhh?
    scarry nye hero kecik
    biar betik..
    and, tak tanya ustaz tu nape hero kecik n abg kena gatal2?

    • rillys January 6, 2011 at 11:44 pm #

      tp dah agak hero kecik ni dari dulu mcm boleh sense benda gitu. ustaz tu kata penyakit biasa..takde kena mengena dgn benda2 ghaib ke..syukur

Leave a Reply