Bila BF glamor ala-ala David Beckham

30 Dec

Hemoi hemoii! Sakan bergembira nooo Malaysia juara Piala Suzuki semalam. Double sakan bila PM umum cuti pulak esok! Syukur syukur 🙂

Congrates hero-hero malaya sekalian! Dalam ramai2 tu yang paling menjadi perhatian i rasa keeper kita..Khairul Fahmi. Sungguh cekap dan tangkas mamat ni menjaga pintu gol kita.


Shirahlah ni suruh i masuk FB fanpage mamat ni. Katanya tengah digilai ramai fomfuankan. Dan terbeleklah personal photos dia. Dan ternampaklah pic dia dan gf dia lalu i tepek kat sini..hehe..dia dah ada mata air yer. Siap ada blog lagi minah ni –> awek khairul fahmi

Pada yang nak layan tu bolehlah layan kisah cinta sejati pasangan muda ni. Selamat menempuh dugaan fasa baru percintaan korang yer. BF tu kan dah masuk kategori orang glamour. I rasa pada sesiapa yang berkenaan buatlah entry pasal tips bercinta dengan orang glamour. Gitu…


Ni pun lagi sorang hero malaya kita. Safee..penjaring terbanyak kita..takmau menggilainya sekali ke? Dia ni penyerang untuk Selangor FA kan? Katanya pakai no. jersi sama dengan arwah Mokhtar Dahari lagi. Aura baik punya tu. Apepun, u memang hebat bro!


Dan yang terunggul sekali hero kuat kita jugak ni..RajaGobal..coach untuk our team. Takyah nak hire orang futih untuk train team kita. Malaysia boleh! Congrates congrates Mr. Coach 🙂


Ni yang tetiba rasa nak suruh bebudak kecik berdua ni gi training jadi footballer ni..hahaha! Asal tengok racing, nak suruh jadi racer. Tengok football match, nak suruh jadi footballer. Tengok CSI, nak suruh jadi police. Tengok Emergency Room, nak suruh jadi doktor! Ater camne???


Haiyaaa feninlah mama ni. Rindu pulak tengok pic lama abang n hero kecik ni. Tak kisahlah anak-anak mama sekalian. Yang penting jadi orang yang berguna. Sports ni sesiapa pun boleh main..tinggal minat dengan tak jer. Agak2 serius boleh jadikan career..kalau tak..jadikan hobi jer. Oleh itu, majulah sukan untuk negara!


12 Responses to “Bila BF glamor ala-ala David Beckham”

  1. Dee December 30, 2010 at 1:45 pm #

    dari gaya awek dia tu nampaknya bukan jenis kuat cemburu..harap2 berkekalan lah ye..jgn lak jd mcm mawi..opps…hahaha..

    • rillys December 30, 2010 at 4:42 pm #

      aahkan nampak cool n sempoi jer..tapi hati didalam siapa yg tahu..tettt

  2. sw33tdarling December 30, 2010 at 2:42 pm #

    hahaha… semua pun boleh jadi maaaa.. kata malaysia boleh!!
    Inviting You To Join Give Away PILIH THEME BLOG

    • rillys December 30, 2010 at 4:37 pm #

      betul betul betul! malaysiakan sentiasa boleh 🙂

  3. mummysyafie December 30, 2010 at 3:36 pm #

    semalam baru jumpa blog awek fahmi ni..hihih..tetiba dier jadi glamer kan. penjaga gol yang hebat actually..tangan tu macam ada gam..bila pegang bola terus melekat..hihih…semoga diaorg berkekalan..

    • rillys December 30, 2010 at 4:36 pm #

      mmg culture shock habiskan. siapapun akan rasa gitu kalau kena..hihi..yerlah apepun semoga mereka
      kekal bahagia

  4. farah December 30, 2010 at 8:01 pm #

    hihi saya doakan ade jodoh la diorg sampai ke jinjang pelamin..jangan jadi cam mawi ngan ena tu sudehhh.

    • rillys January 1, 2011 at 2:26 am #

      tettt! harap2 tak jadi gitu…

  5. huda December 31, 2010 at 12:54 am #

    haha..lepas ni ade sukan kuda mencanak nak kene cari kuda pulak…hehe

    • rillys January 1, 2011 at 2:26 am #

      hahaha! terkena diriku!

  6. Aleeya January 1, 2011 at 12:07 am #

    Happy New Year 2011..owh itu golkeeper tak minat le..tapi ske ngn idlan talaha..dia perancang yg hebat!!!!

    • rillys January 1, 2011 at 2:14 am #

      salam tahun baru kembali 🙂 ohh! minat dia ekk..nak tumpang jugaklah..hehehe

Leave a Reply