Ibu saya selamba meneran saya keluar seberat 4.1kg

29 Dec

Tak koser heiii nak godek template ni. Biarlah gini dulu. Seru nak mendesign tak mai lagi. Tapi seru nak share khabar berita baik pasal anak buah baru i ni memang sudah mari. Mari mari..mari bau babyyy!

Muhammad Ariq Adli..baby bam bam baru in husband’s family. Adik lelaki baba..fauzi.. baru jer selamat dapat anak lelaki. Bertambahlah lagi hero-hero kecik mertuaku menjadikan 6 orang semuanya. Heroin jugak yang masih ketandusan..baru 2.

Sambung balik pasal baby baru ni. Boleh tahan jugak semangatnya masa lahir 4.1kg u! Dan keluar secara normal! Normal yer..bukan ikut tingkap. Memang kuattt semangattt wife dia meneran budak bam bam ni. Fuhhh!


Hajat dihati memang teringin nau ler nak gi melawat. Tapi diorang nun jauh kat Sabah..hehe..fauzi ni polis marin kat Sabah. Nisa pulak memang orang Sabah. Diorang dah ada 2 heroin yang tak berapa nak kenal dengan kitorang makcik pakcik mereka ni. Yerlah setahun 2-3 kali jer jumpa bila balik semenanjung.

Insyaallah nanti kitorang fly kesana yer. Tunggu 🙂

Ehh jap jap ada lagi..seriau betul ler nak bayangkan meneran budak lebih 4kg. Fuh fuhh fuhhh!!


8 Responses to “Ibu saya selamba meneran saya keluar seberat 4.1kg”

  1. zuris December 29, 2010 at 3:50 pm #

    4kg?fuhhhh..semangat.
    salute gile ah dgn ibu2 yg boleh teran baby kuar besar2 cam gitu.

    • rillys December 29, 2010 at 6:51 pm #

      kuasa Allahkan. sebesar mana pun baby..insyaallah boleh muat laluannya

  2. yantie December 29, 2010 at 4:32 pm #

    memang seriau la kak lily..
    2.8 kg yang 4 bulan lepas tu pun dok teringat/terasa2 lagi sakitnya..;)
    tahniah dpt anak buah baru..;)

    • rillys December 29, 2010 at 6:49 pm #

      akak yg 3kg hampir 5 thn lepas punnnn masih terngiau2 ni haa..ekekeke..thanks

  3. Dee December 29, 2010 at 6:21 pm #

    uik..besarnya..xpelah..janji ibu dan anak selamat..tahniah dpt anak buah baru!

    • rillys December 29, 2010 at 6:48 pm #

      thanks dee 🙂 yerlah yg penting both sihat dan selamatkan..

  4. nasaoji January 8, 2011 at 4:11 pm #

    4.1???,..mak aii..memang simangat mak dia…hebat2…
    suif 2.6 pun rasa nak putus nyawa..hoho..

    • rillys January 10, 2011 at 10:08 am #

      hik hik..asal nama deliver jer mmg kompem rasa nak putus nyawa. tinggal besar dgn kecik jer..kuasa Allahkan

Leave a Reply