Pusat Sains Negara Malaysia Bukan Colombia

3 Dec

Few months ago dah bawa the kids pergi Petrosains. Bila abang telek belek balik album pergi situ, dia request pergi tempat yang similar. Fikir punya fikir, ok either Pusat Sains or Planetarium. Then bagi abang browse both websites, he chose Pusat Sains. Planetarium tu next timelah katanya. So, there we go!

School holidaykan? Kita ikutkan jerlah arah tuju anak yer.

Kat entrance tu ada laluan bawah akuarium besar ni. Dah feeling macam kat Aquaria pulak. Jenuhlah tunggu abang dok habiskan baca info pasal setiap sekor ikan kat situ. Pastu dok cari mana nemo? mana nemo? Mama dah gorenglah kata baba menggoreng anaknya. Terus abang sentap!

Shirah stay kat rumah my aunty school holiday ni. Pepagi i dah call dia suruh siap ikut i. Nak taknak dia kena pergi jugak. Kalau taknak i seret jugak-jugak. Ehh silap, i seret-seret jugak.

Sukahati kaulah nak jadi model kat semua signboard pun. Yang penting aku berjaya bawa kau pergi tempat berilmu. Asyik melenjan ke MV ke Pavilion jer kaukan. Ehh emo pulak. Kes jeles cuti sekolah ni dia asyik enjoy jer!

Rindunya kat formula2 kimia yang susahkan hati ni.

I lupa nak inform. Entrance masuk sini adalah free masa i pergi haritu. Due to upgrading works yang diorang tengah buat. Kira tak semua tempat lawatan dibuka. Oklah tu! Janji bagi masuk. Kalau tak mahu anak-beranak berguling depan entrance tu.

Cak! Biasalah dah tengok memacam benda pasal sains mulalah mereng tak bertempat. Cemanalah kepala otak genius ahli2 sains ni operate ekk? Kuasa Allahkan…

Ini bukan magic ball. Abanglah tetiba jerit dari jauh tu! tu! ada magic! Dengan haku2 eksaited terlebih. Rupanya plasma daa…sila google sendiri apa kejadahnya tu. Boleh?

Hahaha! I ingat i sorang jer macam nak sasau tengok benda2 sains kat situ. Ada yang nak join the club rupanya..hahaha!

Penakut tak bertempat


Yang ni memang fun. Diri atas tapak hitam tu, pegang roda basikal tu pastu pusingkan roda tu. Bila kona kiri kana roda tu dengan kau2 sekali terpusing kiri kanan. Faham? Tak? Tak faham? Faham tak? Tak? Dushh dushh!

Jisim..beban dan apetah lagi. Ingat tak? ingat tak? I ingat-ingat ayam jer 😛

Sibuk memasing nak timbang nak ukur tinggi. I ngeri dengan benda ni. Tak sanggup nak terima kenyataan berat sendiri. Tetiba.

Penatlah..rest kejap. Tu baru yang kat dalam punya exhibition belum pergi yang belah luar, belah atas. Next entrylah i sambung ekk.

Enjoy your weekend 🙂



14 Responses to “Pusat Sains Negara Malaysia Bukan Colombia”

  1. diyana December 3, 2010 at 1:16 pm #

    hmm hehe.best kan dkt pusat sains?saya pegi dah.tp cawangan yg kedah pny..kecik sikitla.tp ttp happening:p

    • rillys December 3, 2010 at 1:26 pm #

      ada buat entry tak? nak tengok jugak

  2. attyfir December 3, 2010 at 3:47 pm #

    pernah pergi sekali je kat sini ,tu pun masa akak ngn adik kecik

    • rillys December 3, 2010 at 9:52 pm #

      dulu bukan kat situkan kakty. dulu yg rumah banglo tepi jalan tu kan?

  3. diyana December 3, 2010 at 4:05 pm #

    ade sikit je.selit pd entry psl muzium padi.:p.pst sains kedah tu,blkg muzium padi

    • rillys December 3, 2010 at 9:51 pm #

      ooo ekk nanti ly search..thanks 🙂

  4. erin December 3, 2010 at 4:28 pm #

    i pon nk g sini la one day
    skrg camimi kecik lagi
    kang dia ada 1001 soalan yg i pon tak dpt nk jawab
    hahhaha.. alasan kan i ni..?!
    btw, aquaria pon i lom pergi
    better g sana dulu kan?

    • rillys December 3, 2010 at 9:50 pm #

      betul, tunggu dia besar sikit senang nak bagi dia faham. kalau aquaria dia kecik pun ok gak pergi..fun!

  5. idashah December 6, 2010 at 10:20 am #

    tgk jer dah best belum pegi lagik hehehe
    nanti2 aku ku terjah jugak

    • rillys December 6, 2010 at 9:32 pm #

      tunggu bebudak besar sikit pergi. mesti lagi seronok 🙂

  6. mekchu December 6, 2010 at 11:38 am #

    elok kan bawak budak2 dtg tmpt mcm tu.. byk yg dorang bleh belajar & explore.. time kita dulu tak de.. tu yg jakun tu.. hehe

    • rillys December 6, 2010 at 9:31 pm #

      siap sedia jer dgn soklan2 mencabar minda dari anak2 utk kita..hehe

  7. lieza December 10, 2010 at 1:28 pm #

    syoknya jln2 dgn family…hero2 akk mesti best kan…

    • rillys December 10, 2010 at 2:46 pm #

      diorang kalau pasal berjalan kompem best punya. lieza pun kan? hehe

Leave a Reply