Tak baik doakan abang masuk api MELAKA

2 Dec

Walaupun along tak sempurna macam manusia biasa, dia tetap punya keinginan nak mendirikan solat. Tu yang tersentuh hati naluri kitorang bila tengok. Naknya kalau datang angin kus-kus suka suki lewatkan solat, nampak pulak along gi amik sejadah. Lagilah tercabar keimanan.

Asal abah solat jer dia pun datang bawa sejadah. Tapi dia tunggu abah habis solat baru dia bentang sejadah depan abah.  Siap tanya kat abah betul tak arah kiblat dia.

Pastu dia solat versi dia. Sukahati jer angkat takbir berapa kali, rukuk..sujud berkali2..gitulah dia ulang2. Last sekali bagi salam. Dah habis tu siap baca doa. Tapi taktahu apa doa dia..siap tutup2 mata n mulut terkumat-kamit. Along ni, berapa kali kita ajar pun dia takkan ingat. Tapi takpelah diakan istimewa. Takde dosa yang tercatit untuk diri dia.

Tetiba datang pulak budak kecik ni. Dengan tak berbaju, dengan pakai short..selamba jer dia kekonon solat. Katanya nak cepat solat takut habis waktu. Haiyooo??

Ustaz zarif iaitu abang pun mulalah bertazkirah kat depan hero kecik.


Nak tahu last2 hero kecik doa apa? Ya Allah kau hantarlah abang masuk api MELAKA. Sebab dia selalu buli saya adiknya. Amin…

Pastu apa lagi. Melompatlah abang terkam hero kecik. Dan bergustilah mereka. I pun dah takleh nak capture pic lagi sebab nak leraikan diorang. Sambil tu i cakap kat hero kecik tak baik doa benda yang buruk pada orang lain. Allah tak suka 🙂



18 Responses to “Tak baik doakan abang masuk api MELAKA”

  1. attyfir December 2, 2010 at 11:20 am #

    heheeheheh..lawak betul lah adik nie..
    doakan abang masuk melaka,takpe..nasib,kalo masuk neraka jgn.

    • rillys December 2, 2010 at 11:56 am #

      terkezut dengar tau kakty. memandai betul doa gitu..hehe

  2. Syazana December 2, 2010 at 11:31 am #

    huhuhuhu..ok…budak2 cepat belajar.

    • rillys December 2, 2010 at 11:55 am #

      belajar benda elok takpe..hehehe

  3. lieza December 2, 2010 at 11:33 am #

    ya Allah…sejuk hati melihat mereka kecik2 dh kuat pegangan agama..amin..

    • rillys December 2, 2010 at 11:49 am #

      harap2 terus menjadi anak yg soleh…amin 🙂 same goes to you yer dear.

  4. Lyn Yusoff December 2, 2010 at 1:43 pm #

    ahahha..
    lawak lah hero kecik ni..
    jgn doakan cm gitu yer.. tak baik.. hehehhe

    Ps: baru hari ni i boleh bukak website u.. dah 2 hari asyik error jer..

    • rillys December 2, 2010 at 2:14 pm #

      nottylah hero kecik ni. seb baik paham bahasa..hehe..

      ohh yer ke takleh bukak? harap2 lepas ni tak jadi camtu..ishkk

  5. Dee December 2, 2010 at 2:08 pm #

    lawak2..tp mmg kena lentur dari keciklah kan sis..

    • rillys December 2, 2010 at 2:14 pm #

      walaupun diorang memain, kena tegaskan jugak yg itu perkara wajibkan..

  6. eina December 2, 2010 at 2:20 pm #

    hahaa..cute ja asif.. api melaka.. 😛
    a ah..along istimewa.. tiap kali amik aira, along yang bye2 Aira bekali2 without jemu.. 🙂

    • rillys December 2, 2010 at 3:44 pm #

      budak kecik tu pelat tak hilang lagi..hehe

      aah along mmg suka budak kecik. kalau hero kecik nak buat aira pun along bantai dulu..hehe

  7. AQisH December 2, 2010 at 2:53 pm #

    hahaa..lawaknye adekk x baik tau 😉

    • rillys December 2, 2010 at 3:41 pm #

      tak baikkan aunty? ok adik tak buat lagi!

  8. diyana December 3, 2010 at 4:25 pm #

    hihi so comel.doa nk gi melaka kot tu.hehe

    • rillys December 3, 2010 at 9:51 pm #

      kalau melaka tu mmg selalu pergi. kampung asal ly kat situ 🙂

  9. erin December 3, 2010 at 4:37 pm #

    along memang so special,
    special di sisi Allah, specil di sisi keluarga, dan special di sisi masyarakat

    btw, i tergelak terkekek baca doa hero kecik… 😀

    • rillys December 3, 2010 at 9:50 pm #

      disebabkan tu kami tak rasa beban dia hidup bersama 🙂 ketentuan Allahkan. thanks for ur support.

Leave a Reply