Buat kecoh itu bahagia untuk sesetengah situasi

23 Nov

Lamanya i drag cerita pasal aidiladha ni. Sementara ada masa ni baik i update. Kot tak kang, sampai tahun baru cina tertangguh.  Ok semalam i tunjuk pics my family jerkan..so harini i tunjuk pics keriuhan dan kekecohan bila adik beradik abah yang berjumlah 12 orang tu datang rumah kitorang bersama kaum keluarga memasing. Havoc!

Awal2 abah dah booking kerusi meja kat kedai makan kawan dia. Yerlah raya haji kawan tu tak meniaga. So, dengan baik hatinya dia bagilah pinjam..for free. Semoga murah rezeki pakcik tu.

Sebahagian dari adik dan kakak abah. Makcik-makcikku yang sangat2 sporting!

Along menghiburkan mereka

Separuh lepak kat dalam..separuh kat luar. Mana ada ruanglah..buat jer macam rumah sendiri. Kata open house..tapi bilik2 kat atas tak masuk listlah..hehehe

Kitorang buat potluck. Family memasing bawa ketupat rendang dan masakan lain. Sampai ke malam stok makan ni. Pengsan!

Family abah ni berasal dari Felda kat Melaka. Kebetulan tahun ni Felda genap 50 tahun dan tarikh aidiladha haritu jatuh pada harijadi salah seorang adik beradik abah yang berumur 50 tahun jugak. So, abah sediakan  surprise birthday cake untuk raikan.

Selamat hari lahir makcik faridah :)…terharu dia sampai nangis2 touching.

Abah anak no. 4 dari 12 beradik. Atas dia semua kakak. Kira abah anak lelaki sulung dalam family. So bila arwah atuk dan nenek dah takde, abah ambil alih tugas handle pasal urusan family. Walaupun memasing dah berkeluarga sendiri, tapi mesti akan buat family gathering. Abah memang suka part tu.

Urusan akaun keluarga, abah dan kakak sulung dia handle. Sebab walaupun arwah atuk dah takde, tapi hasil ladang dan estet arwah masih generate income tiap2 bulan. Hasil tu macam2 boleh buat untuk eratkan family. Bagi hasil sama rata, buat family day..macam2 lagilah. Kan seronok gitu 🙂

10 dari 12 adik beradik abah. Lagi 2 tengah on the way from Melaka.

Apa keslah shirah dok kepit2 i ni? Hihihi..masa ni dok hai2 bye2 diorang semua dah nak balik. Kira muka memang tengah tahap kepenatanlah. Penat2 pun kat rumah sendiri..lepas jer siap kemas..macam biasa merangkak naik tangga..panjat katil..kebabommm!


10 Responses to “Buat kecoh itu bahagia untuk sesetengah situasi”

  1. Dee November 23, 2010 at 12:43 pm #

    ramainya..12 orang tuh..mmg meriah betullah..suka dgn cara ur father..kutip hasil dan agihkan sama rata..n also buat utk family event..berkat hidup masing2..lily xmoh 12 anak ke? kuang..kuang..kuang..

    • rillys November 23, 2010 at 1:08 pm #

      insyaallah..selagi ada hayat boleh berbaktikan. gulppp!! ada 2 pun nak pengsan..huhuhu..tabik pada mereka yg anak
      ramai ni

  2. rasp November 23, 2010 at 12:58 pm #

    bestnya berkumpul ramai2 gini…walopun penat tapi best…
    my bonda pun anak no 4 dari 13 adik beradik …

    • rillys November 23, 2010 at 1:07 pm #

      ramai jugak tu. meriahkan? u taknak ramai anak gitu ke..huhuhu

  3. eina November 23, 2010 at 3:14 pm #

    wahh meriahnyer.. best kan dpaat kumpul ramai2 ni..

    • rillys November 23, 2010 at 4:02 pm #

      masa ni penat tak terasa langsung. tapi lepas tu 😀

  4. pinky November 23, 2010 at 3:48 pm #

    meriahnya.. rumah i kalo raya haji sunyi je. adik bradik 2 org je. kalo i blk umah mertua lg sunyi la mak i..

    • rillys November 23, 2010 at 4:01 pm #

      ohh 2 beradik jer ke u? nahhh..u kena bagi kimi adik ramailah gini!

  5. farah November 24, 2010 at 5:28 pm #

    boleh bayangkan kecohnye sebab abah i pon adik beradik 11 orang..kalau raya ke berkumpul semua memang riuh tp seronok!

    • rillys November 25, 2010 at 12:52 am #

      ooo lebih kuranglah kita ekk. seronokkan!

Leave a Reply