Aidiladha bersama mereka yang kusayang..cewah wahh

22 Nov

Seronok weekend korang? Mine was oklah..bawa the kids jalan-jalan kat KL. Cuci mata sana sini, cuci purse sikit-sikit.

Last weekend i tak sempat nak story pasal raya haji kitorang. Walaupun tak balik kampung, kemeriahan beraya masih terasa bila adik beradik abah datang berkumpul..cewah wahh!

Sebelum i proceed dengan pic keriuhan mereka-mereka sekalian, baik i tunjuk dulu pic my family masa haritu. Keluargakan perlu diutamakan..cewah lagi sekali!

I’ve to be penghuni tetap kat kitchen. Maklumlah kitorang takde maid. Buat kerja dapur tu buat jugak..tapi tatap kena bergaya dengan baju raya..boleh?

From our house with lep. Ehh tertinggal sorang…

Abang dan pc tak dapat dipisahkan. Sambil tu dok bebel kenapa tak repair lagi monitor LCD yang rosak tu. Sakit mata katanya tengok monitor gomok tu. Amboi boii…

Dengan abahku dan anakku yang super liat nak bergambar

Dengan emakku..orang kuat didapur. Seronoknya pagi raya dapat bersama parents. Walaupun hanya raya haji…syukur 🙂

Dan juga dapat bersama my sisters. Orang-orang kuat juga didapur..iaitu kuat makan!

Along yang sama sibuk tolong angkat itu angkat ini. Ohh abangah jer takde. Dia balik rumah mertua pastu gi holiday kat penang bersama mereka.

Puding milo yang i buat masa malam raya. Pastu letak dalam fridge bagi sejuk! Baru sedap dimakan dihari raya. Habis satu stor i geledah nak cari balik acuan ni. Nasib baik jumpa..terus i melonjak kat dalam stor bawah tangga dan terhantuk! Takpelah janji jumpa. Nanti boleh buat puding perisa lain pulak.

Haritu diorang datang raya minta resipi kuih raya. Kali ni minta resipi puding milo. I pun cakaplah i pun buat ikut resipi kat google. Thanks mr. google..senang betul, terasa tekak nak makan apa..google jer! Tinggal rajin tak rajin jer nak buat.

Ehh..very the long dahlah entry ni. Esoklah i tunjuk pic keriuhan kat rumah ekk. Selamat bekerja yer!


10 Responses to “Aidiladha bersama mereka yang kusayang..cewah wahh”

  1. sumijelly November 22, 2010 at 1:40 pm #

    pergggh…….tak boleh blah aku tgk gmbr ko cuci pinggan..
    meh sambung kat umah aku sekali……hahahaha

    meriah nya raya hajimu……

    • rillys November 22, 2010 at 2:03 pm #

      hahaha! kalau tak basuh sikit2 pengsan nak basuh kalau dah bertimbun…

  2. izza November 22, 2010 at 1:51 pm #

    sama la kita kak, tak balik kampung pun. beraya ngan mertua. eh, bakal mertua. haha

    • rillys November 22, 2010 at 2:03 pm #

      ehem ehemm..so camne beraya dgn bakal mertua? boleh jadi menantu kesayangan tak rasanya…

  3. ikiqzana November 22, 2010 at 2:14 pm #

    amboi puding milo tu.. hiasannya pon menaik kan selera.. rasa nk goggle jer dn buat..

    berseri lily ko sekeluarga di pagi raya aidiladha.. aku pakai baju biasa jer ank beranak balik bangsar.. hihihi

    • rillys November 22, 2010 at 3:31 pm #

      google jgn tak google..tahap mengidam dah tu..hehe

  4. rasp November 22, 2010 at 3:08 pm #

    walo kerja banyak, gaya mau maintain kannn…
    mana resepinya…..

    • rillys November 22, 2010 at 3:31 pm #

      u pun nak ke sis..alaa u celik IT..search kat resipi.net jer..hik hik

  5. Dee November 22, 2010 at 3:59 pm #

    dee pun byk belajar new recipes from google..apapun seronok raya kalo bersama family walau di bandar besar..hehehe..

    • rillys November 22, 2010 at 4:35 pm #

      betul tu..tak semestinya kat kg jer meriahkan

Leave a Reply