Berguling tanpa had sempadan

11 Nov

Pernah tak rasa bosan tidur atas katil? Pastu rasa macam bentang toto atas lantai, melasau2..berguling2 tanpa had sempadan adalah lebih seronok? Yer itulah yang kitorang 4 beranak buat bila datang angin kus-kus memasing.

Sebelum tu tengok ni, dekstop kat laptop baba. Sepanjang kitorang hidup bersama ni tak pernah sekali pun i tengok dia letak pic kitorang jadi wallpaper. Tetiba jer nak highlight pasal benda ni kan. Sajalah tu nak cari pasal…hihihi

Tadikan i kata kitorang bentang toto kat bawah. Sambil tu baba on laptop n attached LCD monitor kat laptop dia. Sebelah tu dia buat kerja..sebelah lagi dia bagi kitorang layan movie.

Lagipun tengoklah meja ni. Penuh sarat barat, mana nak datang nafsu buat kerja kat situ.

Sudahnya baba buat kerja. I layan movie. Budak bertuah 2 orang tu dok bergusti. Dah nama pun atas lantaikan? Asal terjatuh terhentak kepala meraung..pastu sambung balik. Tu yang i rasa nak jadi nenek lampir masa tu jugak.


Penat bergusti, terus lena diulit intan. I pun terlelap jugak. Baba sorang jer jaga buat kerja. Yang kelakarnya movie yang i tengok tu baba tak off pun. Dibiarnya pung pang kekuat. Dah bila scene bunyi bom meletup ke aksi yang sound effect boleh menggegar jantung ke..i bangun terduduk! Terkejut mak tau!

But the kids maintain terlena. Pastu baba gelak..tadi i rasa nak jadi nenek lampirkan..ni i rasa nak jadi pontianak pulak. Nak mengilai2 sambil cekik baba!


6 Responses to “Berguling tanpa had sempadan”

  1. pRincEsS_N November 11, 2010 at 10:52 am #

    hahahhaha kak..nk jadik nenek lampir ekk…

    • rillys November 11, 2010 at 11:40 am #

      kononlah..padahal diri sendiri pun takut..

  2. atty November 11, 2010 at 10:59 am #

    orang lelaki kebykan mmg jrg ltk wallpaper gambar family kan ..

    • rillys November 11, 2010 at 11:40 am #

      konon tak macho lah kot..hihihi..takpelah asal mereka bahagia

  3. Wawa~* November 12, 2010 at 4:24 pm #

    hahahaha.. best skali skala tido bawah ni. rasa dunia mcm ana yg punya gituh… hiks…

    • rillys November 12, 2010 at 4:45 pm #

      tu namanya takde pasal cari pasal..hehehe

Leave a Reply