Kuih ros kruk krak kruk krakk

8 Nov

Happy monday everyone! I malaslah nak layan segala jenis blues harini. I nak cerita pasal kuih ros. Tahu tak camne rupa kuih ros? Tu yang i panggil sejak dari azalilah..maybe kat tempat lain panggil kuih lain kot. Jom layan camne nak buat, yang dah expert tu janganlah gelakkan tau.

Yang paling utama dah tentulah kena ada acuan

Bahan2 dia tak banyak pun..i guna tepung beras, santan, telur dan minyak untuk menggoreng. Berapa banyak sukatan setiap bahan tu bolehlah digoogle..hihi..i letak mengikut sesedap rasa jer.

Ok first celup adunan tu..pastikan hasil celupan tu cantik. Taknak ada meleleh2 bagai yer.

Kalau nak cepat buatlah guna banyak2 tangan. Sorang tukang letak dalam kuali, sorang tukang cantikkan kelopak dia pastu angkat. Masa letak dalam kuali tu janganlah henyak kuat2..tak cantik kelopak dia nanti. Man mann lorrr!

Jangan biar lama sangat. Nanti hangit u..tapi jangan cepat sangat angkat..nanti tak garing pulak gitu.

Nama pun menggorengkan, haruslah toskan minyak tu.

Macam2 kaler ada..haha..mana yang terlebih hangus tu telanlah sendiri.

Dah siap bolehlah susun dalam botol. Tapi janganlah panas2 tu gi letak..lemau pulak kawan tu. Kalau dah lemau takde maknalah rasanya bila makan. Yang sedapnya bila garing kaw2 gitu..lagi kuat bunyi kruk krak bila makan..lagi umpphh!!


12 Responses to “Kuih ros kruk krak kruk krakk”

  1. Cik E November 8, 2010 at 11:57 am #

    sedap di makan begitu aja…nyum nyum

    • rillys November 8, 2010 at 12:05 pm #

      betul! pekena pulak dengan air kopi..umpphh!

  2. lieza November 8, 2010 at 3:50 pm #

    kak…nk minta sket…

    • rillys November 8, 2010 at 4:01 pm #

      alaa hero2 akak dah selamat menghabiskan..senang jer buat dia..kalau buat terlebih nanti akak pos ekk..hehehe

  3. atty November 8, 2010 at 4:28 pm #

    sedapnya kalau di makan sambil layan citer hindustan nie..hehehe

    • rillys November 9, 2010 at 10:16 am #

      tetiba feeling sambil layan citer hindustan ekk kak..citer lain tak masuk ekk..hihihi

  4. Dee November 8, 2010 at 4:59 pm #

    sedapnya lily..ada lagi ke..kihkihkih..

    • rillys November 9, 2010 at 10:15 am #

      haritu buat haritu gak habis..malam nasi dgn lauk tak berusik..anak2 ly habiskan..bosan kot makan lain

  5. masviona November 9, 2010 at 3:33 pm #

    suka makan kuih nih jgk tp kitorg panggil kuih sarang tebuan…:)

    • rillys November 9, 2010 at 3:36 pm #

      ooo yer ke..aah ekk kan ada lubang2 tu mcm sarang tebuan..sedapkan

  6. Wawa~* November 10, 2010 at 11:09 am #

    pehhhh… sdap kuih ni… nak citit… hehehehe. sis siap wat sndirik msti lagik best.. makan panas2 n fresh.. nyum3… susah gk nk jumpa kuih ni yg shedap,…

    • rillys November 10, 2010 at 1:02 pm #

      buat sendiri rasanya akak tak jamin..hehe..anak2 akak lalulah makan. tapi memang susah nak jumpa jual kat luar

Leave a Reply