Kami yang bosan. Bosann..

2 Nov

Pics baru semua belum upload lagi. Masih tersimpan untuk dibuat pekasam dalam memory card. Dengan kesihatan diri sendiri dan juga anak yang turun naik panasnya minggu ni. Lagilah buat i takde nafsu nak upload.

Kesimpulannya, i godeklah draft2 lama yang belum publish. Memang sangat berguna untuk waktu2 begini. Meh layan…

Masa ni baru balik kenduri kahwin, pastu kitorang pergi rumah sepupu abah. Dia nak minta abah tolong uruskan pasal hal tanah pusaka dia kat kampung. Masa sampai dia takde kat rumah, katanya keluar kejap jer dah nak balik pun.

Tunggu punya tunggu tak sampai2. Rumah sepupu abah ni rumah pangsa yang banyak gila tingkatnya. So, kitorang melepaklah depan lif tunggu dia. Bau2 hancing, bau2 sampah sarap toksah cakaplah. Pengsan!

Tapi nak hilangkan bosan punya pasal, sempatlah posing. Sampailah my heroes dah naik hangen kebosanan menunggu barulah mereka sampai.

Masuk dalam rumah umpan dengan congkak, diamlah diorang.

Posing tak boleh blah by hero kecik

For the past few days hero kecik main sesorang jer. Abangkan down with fever. Bila ok sikit abang joinlah main, bila pening lalat balik abang baring jer buat tak reti.

Tapi hero kecik sayang jugak kat abang dia, kejap2 tanya abang sakit kepala ke? sakit kaki ke? tangan ke? Kalau ubat tu toksah cakaplah, selang setengah jam dia tanya abang nak makan ubat?


4 Responses to “Kami yang bosan. Bosann..”

  1. zuris November 2, 2010 at 2:31 pm #

    sweetnye lah hero kecik nih.
    mesti lah hero kecik syg kat abang.abang sakit,takde kwn main die kan.

    • rillys November 2, 2010 at 3:23 pm #

      bila abang dah baik, haa..sayang terus jadi lawan..gaduh comes first!

  2. mummysyafie November 3, 2010 at 10:56 am #

    hero kecik tu amik berat ngan abang nyer…cuwittt..

    • rillys November 3, 2010 at 1:42 pm #

      just like ur heroes..very sweet 🙂

Leave a Reply