Ujian menjadi budak kampung

29 Oct

Ada yang hantu menjala tak? Bukan hantu kat tempat menjala tu, tapi maknanya suka menjala tak? Instead of memancing. Yeahhh, itulah kesukaan baba dan iparnya dan juga pak mertuaku diikuti oleh anak2 buahku termasuk anak-anakku sendiri.

Inilah yang berlaku disuatu petang nan indah. Selalunya diorang menjala kat parit besar depan rumah mertua jer. Tapi haritu lokasi baru telah dikenalpasti. Baba bawa abang n hero kecik sekali. Tapi dia tak bagi i ikut. Katanya kang i banyak mengomel..itu ini tak bagi the kids buat.

Tapi bila tengok pics ni semua, kecut perut tengok tempatnya. Redah semak samun hutan belukar. Baba kata takpe diorangkan nak jadi budak kampung.

Banyak dapat ikan dik?

Jangan tanya i ikan apa. Yang pasti sedap bila digoreng..hihihi

Kura2 pun dapat, tapi yang ni tak digorenglah..dilepaskan balik jer.

Tengok? Kalau korang scary tak tengok anak2 dok sipi2 tebing gitu.

Siap huu sana huu sini.

Nak cari kayu api tak larat nak angkatkan. So diorang cabut benda2 ni jer.

Fuhhh! Boleh menang pertandingan kekanak paling comot abad ini. Yang herannya abang ni pakai spentot tapi habis dalaman pun berlumur lumpur..celah kangkang semualah. Seb baik lelaki, kalau fomfuan? Tak ke haru?

Tu tak kira calar balar satu badan. Balik tu i sental dengan dettol. Terpekik2 pedih..tapi boleh gelak2 suka lagi. Apepun baba kata mereka hampir lulus jadi budak kampung. Ujian kena ikut peringkat umur. Ohh?


10 Responses to “Ujian menjadi budak kampung”

  1. jehan najib October 29, 2010 at 4:38 pm #

    Babe, aku geleng kapala laa kalau anak aku sok berguling2 nak ikut abah dia g menjala… hahahaah!

    seb baik laa hero2 ko adventurous kan… tkde la pening pala nk pk safety dia… confirm tahan lasak punye. kena yg cengeng… balik2 keje nk pujuk nangis budak je… hahaha! bagus2! nnt aku blajo dgn ko hek…

    • rillys October 29, 2010 at 6:14 pm #

      jgn bagi weih..anak ko pompuan..saham kena jaga. hahahah..tapi ada budak pompuan yg lagi lasak
      dari lelakikan..yg tu aku geleng kepala..haha

  2. rasp October 29, 2010 at 5:08 pm #

    memang seram je nak tgk anak2 kita kat tempat gitu kan tapi
    zaman skarang, bukan senang ooo nak dpt experience gini…
    priceless!

    • rillys October 29, 2010 at 6:13 pm #

      i pun setuju. tapi diorang takde apa oklah..i dok kat rumah tawakal jer..heheheh

  3. mekchu October 31, 2010 at 2:51 pm #

    patut pun baba tak bg ikut.. hehehe.. konpem byk yg jangan!!! hehehe.. kg tu mmg best.. teringin nak duduk atas titi smbil kaki sepak2 air..

    • rillys November 1, 2010 at 12:39 pm #

      teringin jugak nak ikut..tapi bila tgk pic takpelah tak ikut..hahaah

  4. sw33tdarling.com November 1, 2010 at 1:52 pm #

    mmg seronok sungguh bebudak tu dapat main gitu kaaan…? all out ler jawabnya selagi tak kena larang

    • rillys November 2, 2010 at 10:59 am #

      memang all outlah..lagi2 mama diorang takde..hehehe

  5. Rozey November 5, 2010 at 5:57 pm #

    lily lotus; best tgk org menjala dpt byk ikan!

    • rillys November 8, 2010 at 10:23 am #

      orang lain menjala semua pass..diri sendiri menjala mesti failed..huhuhu

Leave a Reply