Cobaan merangkak bawah kereta

27 Oct

Rasa macam nak demam harini. Mana taknya, hero kecik boleh pulak bangun pukul 2am nak layan ben10 kat youtube. Sebabnya dia dah tidur dari pukul 6pm sebelum tu. Bukan kat pc tapi kat my hp, dia nak layan sambil baring2 gitu. Baba yang tengah stay up buat kerja pun geleng kepala tak kuasa nak layan.

Dahlah i baru crack my head buat revision dengan abang. Harini dia ada paper maths n bm. Kindie punya syllabus pun boleh tahan sekarang ni ekk. Nak taknak layanlah hero kecik, dia minta nasilah..air milolah..searchkan apa dia nak kat youtubelah. Nearly 5am baru dia surrender. Haiyooo!

Ni lah budak yang tak boleh nak dibaca perilaku dia. Anyway pic atas tu masa kat kg. baba awal tahun haritu kot. I baru ternampak pulak dalam draft ni. Dia tengah main kat bawah terik mentari. Pandai pulak ambil towel tutup kepala.

Tengah2 main dia lari tinjau bawah kereta adik ipar i. Nak kejar kucing rupanya. Padahal kucing tu bukannya main kejar2 dengan dia pun.

Bila i jerit kotorlah lutut dengan kaki tu. Pastu sakitlah kang kena batu2 kat tanah tu kan. Dengan selamba dia alas pulak towel kat kepala tu kat kaki dia. Adik!!!

Ada dia kisah i jerit2 marah dia? Takde maknanya..pic seterusnya i tak dapat nak ambil sebab hero kecik dah mula merangkak nak masuk bawah kereta tu. So i pun melompat kijanglah tarik dia!


12 Responses to “Cobaan merangkak bawah kereta”

  1. azzey October 27, 2010 at 12:48 pm #

    lily lotus: dangerous gak tu lily….kena monitor budak2 ni…jaga2 tau

    • rillys October 27, 2010 at 12:51 pm #

      memang sangat bahaya. especially bebudak lelaki ni. diorang ni ada jer benda explore. thanks for the reminder 🙂

  2. mekchu October 27, 2010 at 12:53 pm #

    hahaha.. bijak bijak.. bleh plak dia alas towel tu.. tak nak bising nye pasal.. kucing tetap kena dapatkan jugak..

    • rillys October 27, 2010 at 1:16 pm #

      saja jer menguji kesabaran mama dia..hehehe

  3. nURmALa mAZLaN October 27, 2010 at 1:42 pm #

    Amboi.!!!!
    aktifnyer
    sampai bawah kereta nak diperginyer

    • rillys October 27, 2010 at 3:01 pm #

      tak kira apa menghalanglah pada dia..ishk2

  4. Dee October 27, 2010 at 2:18 pm #

    wui..sib baik u nampak..bahaya gak tu kalo kita x sedarkan..

    • rillys October 27, 2010 at 3:01 pm #

      kalau balik kg i memang monitor hero kecik ni lebih. yang abang tu leh behave sikit n penakut pun yer gak. gerun i bila kenang balik

  5. Syazana October 28, 2010 at 12:41 pm #

    baru realize..susah rupanya jaga anak..patutlah dulu masa kecik2 mama slalu je jerit2 hahaa =p

    • rillys October 28, 2010 at 1:22 pm #

      hahaha..akak pun camtu..tetiba rasa taubat sangat..hargailah jasa ibubapa anda

  6. lieza October 28, 2010 at 2:20 pm #

    amboi…aktif btol hero akk ea..

    • rillys October 28, 2010 at 2:31 pm #

      rasanya semua budak lelaki gitu. aktif yang terlebih..hehe

Leave a Reply