Penat yang tak dibuat2

25 Oct

Penat citer pasal rombongan budak kecik ni lah. Tapi i kena habiskan jugak lagi satu part. Kisah diorang pergi Lake Garden. Kalau tak citer, jadi monster si abang kang pesal citer rombongan dia tak habis. Yer..dia pembaca setia blog mama dia. In fact, komen2 tu semua pun sibuk nak baca.

Masa tunggu bas kat Muzium Telekom. Kemainlah riuh rendahnya kat situ. Ada sorang jer manusia boleh maintain cool disaat bebudak dok memekak macam nak runtuh bangunan muzium tu. Nak tahu siapa?

Tu..pak guard tu lah. Relax jer dok bertenet. Memang diorang diberi kemudahan gitu ekk. Syoknya..barulah tak boring kerjakan. Selalu tengok pak guard muka memasing bosan tahap gaban jer.

Muka separuh penat. Kelaparan sebenarnya. Tengah tunggu the teachers prepare lunch for us. Mak2 lain sibuk dok touch up mekap. Tak kuasa aihh.

Dah selamat makan the kids dok melinjang nak main kat playground. Takleh lah nak terus mainkan. Kang muntah secara beramai kang siapa nak menjawab?

Muka puashati dapat main kat the big playground. Selalu main kat tempat comel loteh jer. Itupun siap dah kena vandalisme. Cabut sana sini.

Tengoklah anak2 u baba. Dah elok sampai atas tak reti nak turun pulak. Dahlah i kurang sampai nak capai diorang. Pastu diorang siap perli..kalau baba adakan senang nak turun. Nangis jap i kat situ. Pastu boleh pulak turun sendiri.

Penat tengok diorang main. Tapi diorang tak penat pun.

Dah naik bas baru pengsan. Masa on the way balik tu memang senyap sunyi. Lagu kekanak riangria pun tak berkumandang dah. I jer takleh tidur sebab dok fikir kepenatan yang i kena hadapi dah balik nanti.

Sebab sampai jer rumah kena terus siap..ada 2 birthday parties nak kena attend. And it’s sunday! Esoknya pulak kena kerja..takpelah nak bagi the kids seronok punya pasal.

Muka tatap boleh sinyum. Seronok join rombongan kindie abang. Dapat beramah mesra dengan the teachers..the students..the parents.

Ohh esok abang ada final exams. Last weekend kemain dia study depan pc. Study katanya..yang kelakarnya dia siap boleh search apa yang dia tengah revise. Siap tak bagi i kacau. Cuma ada certain words yang dia tak faham jer baru panggil i translate. Bila i ajar dia pasal online dictionary terusss tak panggil2 i dah.

Tak kira, balik kerja ni i nak dia buat revision dengan i jugak. Mana boleh miss moment2 gini. Selain dapat cubit2 manja tang mana yang dia tak reti2, boleh i pass the housework to baba. Ehh i kan kena ajar anak ni.


4 Responses to “Penat yang tak dibuat2”

  1. azzey October 25, 2010 at 2:53 pm #

    lily lotus: penat2 pun best kan lily! he3…

    • rillys October 25, 2010 at 3:07 pm #

      tersangatlah betul 🙂

  2. Dee October 25, 2010 at 4:05 pm #

    syoknya..balik umah mesti terus pengsan..

    • rillys October 25, 2010 at 5:15 pm #

      tak sempat pengsan dah kena attend party pulak..hihihi

Leave a Reply