Apa ada dalam Muzium Telekom?

22 Oct

Ok meh sambung story semalam. I nak tunjuk apa yang ada dalam Muzium Telekom. Tapi tak sempat capture semualah. So i just tunjuk roughly kay. Pepaham jerlah diriku sendirian handling the two heroes.

Penyambut tetamu yang tak kenal erti penat lelah. Dari kitorang arrived till kitorang nak balik stay gitu jer. Very dedikasi tau pekerja ni.

Surat yang ditulis tahun 1879. Ada antara korang yang dah lahir?

Memandai-mandai

Annual report Jabatan Telekom yang pertama. Diterbitkan tahun 1946.

Berat betul telefon dedulu kala ni. Camnelah diorang gayut masa bercinta ekk.

Berkali2 hero kecik suruh i replace telefon kat rumah i tu dengan telefon dail pusing2 ni. Memang penyabar betul orang2 dulukan. Satu2 nombor nak kena pusing. Kalau sekarang mahu kena campak telefon tu.

Kita ikut spelling orang dedululah ekk. Inilah dia Panduan Talipon.

Berebut nak dengar telefon yang ada bunyi suara telefonis dedulu. Apesal i dengar macam seram jer? Jangan terngiang2 masa tidur sudah.

Mama mana monitor dia? I pun duduklah bersila explain kat dia.

Tulang belakang Jabatan Telekom. Sungguh efficient orang dedulu ni.

Tukang hantar surat. Penat tengok, naik basikal jer. Besar jasa mereka. Tabik2!

Kemudahan perhubungan masakini

Telefon Atur yang hanya dipakai oleh orang2 kaya seantero dunia. Besar botol air. Baling anjing pun mati.

Lampu isyarat udara yang diletakkan atas menara Bukit Nenas. Tengok macam senang jer nak pikul bawa balik. Cuba pikul tengok!

Mereka masih belum penat. Sambung lagi rombongan ke Lake Garden pulak. Ohh i yang penat sebab dok sama berlari dengan the heroes. Yerlah takut jatuh ke..sesat ke..bergaduh ke. Dahlah baju semua sama jer. Aishhh..tapi i rasa patutnya jer diorang sendiri2..bilalah nak terima kenyataan yang anak2 dah besar?

At last ada gak pic sendirian berhad kat dalam ni. Itupun cepat2 culik anak dara teacher tolong capturekan kejap. Ehh ada brother pakai spec hitam kat belakanglah. Haha..hepp tu teacher abang punya husband daa. Hello baba, miss u 🙂 Tetiba.


10 Responses to “Apa ada dalam Muzium Telekom?”

  1. mekchu October 22, 2010 at 3:35 pm #

    paling malang kalo nombor byk nombor 0.. hahaha.. lama woo nak tggu bendalah tu kembali ke tmpt asal.. sungguh dahsyat kan teknologi kita sekarang..

    • rillys October 22, 2010 at 4:03 pm #

      tak terfikir pulak pasal banyak no. 0 tu..hihihi..dah sekarang pakai touch screen jer..memang hebat

  2. Dee October 22, 2010 at 3:41 pm #

    oh..itu talipon pusing2…penat wo dail..skali dail2..salah nombor..sila ulang semula..sakit jari2 dibuatnya..

    i pun rasa next time u xyah follow..biar dorang berdikari..ok je sis..percayalah..behave pya dorang tu..lps tu kan..dorang balik..u tadah telinga jelah dgr cerita dorang..menarik sgt2..

    • rillys October 22, 2010 at 4:02 pm #

      hahaha..betul2..lama2 jari pun berbekas dok dail benda tu

      tapi seronok ikut diorang rombongan. maybe next time i ikut, tapi tak jalan rapat2 lah dgn diorang..hihihi..nak jugak tu

  3. attyfir October 22, 2010 at 3:50 pm #

    besh gak tmpt nie ye lily..kalo firdaus mesti suka

    • rillys October 22, 2010 at 4:01 pm #

      kalau dia jenis minat sejarah mesti suka kak 🙂

  4. rasp October 22, 2010 at 4:53 pm #

    hehehehehe tingat i zaman dolu2…
    merasa oooo guna typewritter tu, tepon pusing2 tu and tepon atur hahahahahha…kenangan terindah 😀

    • rillys October 22, 2010 at 7:29 pm #

      kalau dikenang balik cam tak caya jer boleh jer buat kerja dulu2 ekk..cuba skrg..pengsan kalau takde pc or hp

  5. Rozey October 22, 2010 at 9:46 pm #

    lily lotus: mesti best spend time dgn hero2 u kan?

    • rillys October 24, 2010 at 1:00 am #

      walaupun penat tapi tetap best 🙂 hope diorang pun happy spend time dgn kekawan

Leave a Reply