Sudah bersedia nak naik haji? Kita kenduri dulu…

15 Oct

Sekejap jer dah datang balik musim haji. Dah puas dengan open house masa raya haritu sekarang musim kenduri orang naik haji pulak. I pun tak terlepas juga dapat jemputan ke kenduri. Boleh ambil berkat sekali..amin 🙂

Baba selalu kata kalau dalam kereta i suka ambil pic sendiri. Tak pun pic the kids jer. Pic dia? Nan hado katanya! Ehh ingat ke tak kuasa nak berpicture bagaikan. Rupanya ada hati juga u ekk! Nahh..satu snap sudah. Focus on ur driving darling.

Korang kalau naik kereta senang tak tidur? Disebabkan i susah nak tidurlah i suka layan amik pic. Lagi2 pulak baba suka speed sampai speedtrap punya gadget boleh meletup.

Ok balik to kisah kenduri kat Klang ni. Yang nak naik haji tu sepupu mak. Dah lama nama dia naik untuk pergi haji tapi disebabkan arwah suami dia tengah sakit2 masa tu dia terpaksa batalkan hasrat, tunggu punya tunggu sampai husband dia meninggal. Alhamdulillah tahun ni dia dapat pergi.


Abang yang moody sebab baru bangun tidur.

Tapi bila i bagi sepiring kek coklat dia makan macam makan nasi. End up sampai 4 piring kek coklat dia sorang bedal.

Dah lepas makan macam biasa lepak kat dalam. Sejuk sikit ada air-cond. Dan sempat melayan cerita Cinta Kirana. Shirah lah ni! Tak pepasal rasa macam bestlah pulak cerita tu kan. Sudahnya sekarang i asyik nak tahu jer kesinambungan ceritanya. Adoiyai…

Ok ni cerita lain pulak masa kat kenduri ni. Masa tengah syok menikmati soto ayam yang super sedap tetiba sepupu mak tanya yang baba tu menantu mak ke. Rupanya menantu dia kenal baba..junior baba masa kat secondary school dulu. Baguslah tu dah 6 tahun orang tu kahwin baru tahu kawan sendiri kahwin dengan sedara.

Tadi melantak 4 piring kek coklat. Now makan ayam goreng berempah..masuk ni dah 4 round. Syoknya boleh makan banyak2 ni semua, boleh rasa dengan kuantiti banyak. Kantung perut i ni nak kena enlargelah. Makan sikit dah kenyang. Masa pregnant jer merasa makan tahap gaban. Non-stop! Memang heaven.

Bersilang2 kilauan cahaya kat pic ni. Mana dan jer amik pic. Janji hado kenangan. Ni baju raya tahun lepas. Masih dalam keadaan baik dan muat untuk dipakai lagi.

Baju2 raya masa secondary school dulu pun available lagi dan masih muat. Boleh ke simpan azam nak bagi kat bakal daughter..insyaallah kalau adalah anak perempuan dan ikut size mamanya. Mahu mereput 1000 kain2 baju tu.


18 Responses to “Sudah bersedia nak naik haji? Kita kenduri dulu…”

  1. azzey October 15, 2010 at 11:51 am #

    lily lotus: skrg mmg musim kenduri orgnak pegi haji

    • rillys October 15, 2010 at 12:05 pm #

      azzey pun ada gi kenduri naik haji jugak ke. tumpang seronok tengokkan

  2. Rozey October 15, 2010 at 1:09 pm #

    lily lotus; x pegi pon…..clash ngan schedule yg ada…

    • rillys October 15, 2010 at 1:21 pm #

      ohh yerlah banyak sangat jemputan lately ni ekk..hehe

  3. attyfir October 15, 2010 at 3:07 pm #

    kty pun byk dpt jemputan..
    lily u look gorgeous , baju tu still nmpk cantik

    • rillys October 15, 2010 at 3:34 pm #

      sesama kita doa seruan untuk kita pulak kalau ada rezekikan kak..thanks for the compliment kak!

  4. sw33tdarling October 15, 2010 at 5:15 pm #

    jelesnyaaa muat lagi baju2 lama…….!

    ~aku kalau tak drive, mmg masuk keter terus tido especially for long journey…

    • rillys October 18, 2010 at 11:34 am #

      haha..pantang kena air-cond keta ekk

  5. Ain October 16, 2010 at 3:28 pm #

    berkenan sgt dgn bj kurung u tu..cantik sgt spt orgnya

    • rillys October 18, 2010 at 11:33 am #

      ehh..tetiba kena puji melambung ni..hihi..u pun apa kurangnya..anyway thanks 🙂

  6. kamariah awang October 17, 2010 at 9:52 pm #

    Puas hati bawak anak… Cam ni kena sumbang lebih nampaknya… Hahaha… Jangan maraaah, gurau…

    • rillys October 18, 2010 at 11:32 am #

      hihi..takpe2..sumbang banyak lagi seronok rasa 🙂

  7. Lila October 18, 2010 at 1:35 am #

    Lily,
    Baju muat lagi tu…maknanya maintain 🙂

    • rillys October 18, 2010 at 11:32 am #

      tak semua maintain sis. tang punggung tu lari sikit..kembang! hihihi

  8. mimie azimask October 18, 2010 at 2:20 pm #

    taaannteek la baju meyahh tuh.. i loikee… :”D

    • rillys October 18, 2010 at 2:49 pm #

      baju murah jer..hehe..anyway thanks 🙂

  9. izan October 20, 2010 at 4:20 am #

    lily… hero ko dua org tu manja tol ngan ko yek. ckp kat diorang, abg ngan adik da besar da.. nnt mama nak tambah sorang lg korang tak leh dok kat riba mama lagi. hahahha. yang si kecik konfirm meraung =)

    • rillys October 20, 2010 at 10:06 am #

      ooo meraung dah tentu komfem. aku rasa diorang dapat adik kecik baru kurang manja sikit kot

Leave a Reply