Saat bersama mereka..lagi

13 Oct

Sejak habis secondary school till now, tiap2 tahun i wajib buat makan2 raya dengan my bff. Kalau tak, rasa tak sempurna raya..wahhlahh weii! Masa anak dara datang lenggang kangkung jer, bila dah kawen datang berkepit dengan laki, dah ada anak datang dengan extra poket sebab nak collect duit raya..ngeee!

Pic menunggu mereka bagi syawal tahun ini

Dah kata jemputan khas untuk mereka, haruslah masak dengan air tangan sendiri..ahaks. Ehh tak jugak, mak jadi penasihat dan tukang rasa sambil goyang kaki bagi arahan. Sambil babab2 montot i kalau terlebih or terkurang bahan perisa.

So hasil bersilat adalah..mee kari, pulut hitam, puding roti, kuih samosa, karipap, kuih ubi, french fries..apa lagi ekk?

Haa..dan puding milo ini jugak. Yang ni kelakar sikit sebab bila dah habis masak semua2 kat atas tu, i rasa macam ada masa nak tambah lagi menu. Sempat lagi search kat tenet puding apa lagi yang yummy..dan terjadilah puding milo ini. Lagi sejuk lagi sedap!

Untuk melekakan mereka, i belikan toy bubble2 ni. Sampai mimpi muncung2 mulut diorang tidur malam tu. Asal habis jer air sabun tu, my mom tolong refill guna syampu dia. Habis syampu nenek tau..aishhh

Ohh yer, turut dihidangkan ialah kuih raya yang i buat. Sedap tak sedap lantak..janji end of the day kosong bekas2 kuih tu. Itu yang seronok bila buat sendiri, asal habis jer boleh refill dengan gembira..sebab memang buat banyak. Cuba kalau beli, jimat2 nak keluarkan..tettt! Lainlah yang memang banyak bajet borong bebanyak tu.

Before my bff datang, my parents jemput bakal mertua my sis datang jugak. Langkah kanan sebab memang masak banyak pun.

My sis and tunang. Bakal pengantin, insyaallah mid next year. Comelkan pasangan ni..hiks

My bro n his wife, juga pasangan comel! Baba and i juga yang tak comel..haha!

Yeah, mereka dah datang. Seronok sangat sebab tahun ni dah bertambah baby. Cuma apan jer cannot make it on time. Dia datang lambat sikit.

Abang and zulaikha. Seronok nampak, pandai abang melayan ekk.

Chica baik punya tidur. The babies pulak sibuk nak wrestling. Nanti aunty lily bagi junior baru, u guys train kay..ahaks

Thanks for coming. Insyaallah kita jumpa kat birthday party chica kay.

Korang tengok rumah kosong sebelah tu. Kemain meninggi lalangnya, nasib baik dah ada orang beli, tu pun nearly rm400k..corner lot oklah..tapi nak duduknya entah bila. Nasib.

Sampai jugak apan, lama i tak jumpa dia. Nak dekat maghrib dia sampai. Makin cute i tengok anak dia, mana ada baby tak cutekan? I ni satu jer, kalau lepas jumpa mereka2 ni dengan bawa baby memasing mulalah miang nak baby jugak. Pastu bila my heroes buat perangai sampai nak pengsan dibuatnya, hilanglah miang nak baby tu. Ngado.


22 Responses to “Saat bersama mereka..lagi”

  1. Ain October 13, 2010 at 12:37 pm #

    klu i msak byk2 camtu bleh pengsan…

    • rillys October 13, 2010 at 1:04 pm #

      takpe..dah sedar dari pengsan sambung balik masak 😛

  2. azzey October 13, 2010 at 12:38 pm #

    lily lotus: best kan kengkawan dtg umah! Akak dulu rajin buat ms kat kpg coz ada yg tlg. bl dh dok cini malas nak wat coz x lalu sensorang masak! hu3….

    • rillys October 13, 2010 at 1:03 pm #

      aah, kalau sesorang memang malas. ly pun seb baik 2 adik tolong…

  3. Ieda Al-Habsyi October 13, 2010 at 12:46 pm #

    meriahnyerrr 🙂

    • rillys October 13, 2010 at 1:03 pm #

      meriah sebab ramai anak kecil..hehe

  4. sweetdarling October 13, 2010 at 1:35 pm #

    Salam Tuan Umah,

    Pemberitahuan, saya dah bertukar bloglink yang baru… http://sw33tdarling.com.. anda dijemput, silalah berkunjung

    • rillys October 13, 2010 at 2:31 pm #

      ohh ok..thanks for the info. nanti ly update the link

  5. Dee October 13, 2010 at 2:47 pm #

    kalo ngan geng2 mmg bestkan sis..mesra je..

    • rillys October 13, 2010 at 3:38 pm #

      macam u jugaklah..hehe..ehh u jer tak datang rumah i lagi..nanti kita set ekk

  6. REDBLOODSNOW October 13, 2010 at 3:50 pm #

    byknyerr juadah kak 🙂

    • rillys October 14, 2010 at 10:34 am #

      erkk..akak pun tak percaya..hihi

  7. erin October 13, 2010 at 4:55 pm #

    wah salutela masak bnyk2 ni
    silap2 ur bff siap boleh tapau bwk blk lagi
    heheh..
    btw, kuih raya i pon lom hbs2 lg daaa
    ntah sape ntah yg nk bantu mkn
    :p

    • rillys October 14, 2010 at 10:34 am #

      u jer tak pernah datang rumah i tau. nanti one day kita set ekk!

  8. kamariah awang October 13, 2010 at 6:08 pm #

    Berkenankan puding milo… Menjadi nampak…!

    • rillys October 14, 2010 at 10:33 am #

      hik hik..malunya aunty cakap camtu. saja jer cuba buat..janji ada rasa milo..hehe

  9. Lyn Yusoff October 13, 2010 at 7:45 pm #

    bestnyer dapat kumpul ramai2 camni..
    klu tak raya.. payah gak nk jumpa.. hehehe

    • rillys October 14, 2010 at 10:33 am #

      rayalah peluang keemasan 🙂

  10. azzey October 14, 2010 at 11:10 am #

    lily: amik award kat blog akak ek!

    • rillys October 14, 2010 at 12:57 pm #

      ok! thanks sis 🙂

  11. Shada October 14, 2010 at 1:28 pm #

    tu lah kak.
    laptop mmg susah nak jaga.
    kena bagi perhatian..kalau tak asyik masuk wad je.
    masuk wad mahal2 je..takde wad kerajaan!

    *nanges*

    • rillys October 14, 2010 at 2:25 pm #

      haa yg tu memang sgt setuju. kalau ada warranty lagi takpe. mcm insuranslah bleh coverkan

Leave a Reply