Warna warni bulan puasa…

7 Sep

Yuhuuu! Ramai dah cuti ekk? I jugak yang masih setia dipejabat..paksarela u.. hihi..harini i nak roundup few entries pasal puasalah..tak kuasa nak asing2.. bolehlah ekk labu!

Masa minggu kedua puasa baru i terhegeh2 pergi beli barang buat kuih. I pergi beli kat Bake with Yen..at Bandar Puteri, Puchong.

Ada few things yang habis stok pulak kat situ so kitorang gi giant.

Nak beli barangnya tak banyak pun tapi amik sampai 2 trolley..ngeh ngehh..budak kecik berdua tu nak sorang satu der

Kisah mercun pulak. I tak beli pun stok bunga api ke mercun ke for the kids. Tapi pakcik makcik mereka yang terlebih excited untuk supplykan mereka.

Mercun katak kot nama mercun ni. Haha..sebab bila baling jer dia meletup.. pastu orang pun terkejut melompat macam katak!

Next..pasal kemas2 rumah..bakal menantu mithali sungguh tunang my sis ni. Rajin dia tolong potong rumput depan belakang rumah. Mesin rumput tu import from seremban. Sebelah rumah i kosong..so rumput lalangnya super tinggi..buat amal jariahlah tolong tarah sekali.

Oklah kasi chance baba jugak. Menantu mithali jugak..har har..kerja2 rumah yang tinggi2 service over to him.

Lip lap lip lap dah rumah..yeahh!

Story lain pulak. Rasanya sepanjang puasa ni i tak buat pun entry pasal juadah berbuka segala. Ada jer story lain nak distorykan. So salah satu tempat berbuka yang kitorang pergi kat restoran kawan baba at Shah Alam.

Yang bestnya sebab buffet steamboat..kambing panggang..segala mak nenek nasi dan lauk. Dan yang lagi best ianya free untuk kami..hiks..alhamdulillah

Apa keslah my kids ni. Abaikan mereka..actually i nak tunjuk minah belakang yang pakai short pants hitam tu. Gila menyeksi kau datang berbuka kat sini..siap hisap rokok lagi..ishk2

Last but not least i nak story pasal shopping. Sehari suntuk kat Shah Alam nak cari baju i. Baju baba and the kidskan dah settle. Yang ni memula i pergi jakel.

Muka dalam dilema tu biasalah. Lepas jakel i pergi plaza alam sentral n pkns. Dah rembat terus balik. Oven kat rumah memanggil2 suruh balik buat kuih.

Thanks for accompanying..lep u!

Muka puashati. Balik rumah boleh sambung buat kuih dengan tenang. Kalau tak masa adun tepung asyik nampak baju raya, kasut raya, handbag raya…



14 Responses to “Warna warni bulan puasa…”

  1. Aleeya September 7, 2010 at 2:52 pm #

    selamat hari raya
    maaf zahir batin.
    hati2 di jalanraya..
    jumpa lagi pas raya yea…:))

    • rillys September 7, 2010 at 3:33 pm #

      salam aidilfitri kembali :)…jumpa lagi yer

  2. azzey September 7, 2010 at 2:57 pm #

    lily lotus: bagus2….x de le migraine dok fikir apa yg x siap lg….

    • rillys September 7, 2010 at 3:33 pm #

      aah betul..kelam kabut kang kalau ada yg tak settle

  3. Dee September 7, 2010 at 3:10 pm #

    bestnya..suma dh settle ek..selamat hari raya n maaf zahir batin lily..

    • rillys September 7, 2010 at 3:32 pm #

      syukur dah settle :)…salam aidilfitri kembali sis

  4. attyfir September 7, 2010 at 3:43 pm #

    alhamdulillah semua dah complete ..
    selamat hari raya ..maaf zahir batin

    • rillys September 7, 2010 at 4:05 pm #

      syukur sis..salam aidilfitri kembali..

  5. Lady of Leisure September 7, 2010 at 11:32 pm #

    selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin..
    🙂

    • rillys September 8, 2010 at 12:27 pm #

      salam aidilfitri lady 🙂

  6. mrs zahir September 8, 2010 at 8:47 am #

    selamat hari raye untuk lily sekeluarga..maaf zahir batin tang mane terlebih komen..selamat hari raye!!

    • rillys September 8, 2010 at 12:26 pm #

      salam aidilfitri kin 🙂

  7. are_t September 8, 2010 at 10:30 am #

    salam lebaran kak…maaf zahir batin

    • rillys September 8, 2010 at 12:26 pm #

      salam aidilfitri attiey 🙂

Leave a Reply