Archive | September, 2010
Aside

Sambil selam makan kuih raya :D

28 Sep

Sesungguhnya berdiri kat muka pintu time panas terik beraya ni adalah nikmat. Angin menderu2 datang naturally nak tolong kipaskan diri…

Cuba cakap siapa tak geram? Hadoiii si gemuk ni bila orang dekat dia lari..bila kita buat donno dia datang macam nak berkenalan…kidnap kang!

Aksi tiru gaya kucing yang tak jadi

I taktahu apa dah jadi dengan anak bujang sorang ni

Al-kisahnya kitorang pergi beraya kat Seremban pulak. Ramai jugak kaum kerabat kat sini..

Sambil beraya sambil discuss pasal preparation untuk wedding my sis insyaallah mid next year.

From Seremban with lep :)

Then kitorang beraya kat rumah family tunang my sis. Pun memacam story nak distorykan..hal orang2 tua..kita2 yang separa tua ni angguk2 geleng2 jerlah…

Dimana ada along disitulah ada my heroes. Abang suka buat hal sendiri jer.. hero kecik yang kuat sakat along ni..sampai i kena ugut dia kata nak hantar along balik baru dia nangis kuat2 tak bagi hantar..pastu promise tak sakat along..tapi janji tinggal janji jer pun dia..pastu buat balik..hohoho!

Weekend ni masih ada lagi jemputan open house. Insyaallah ada rezeki sampailah ke destinasi. Tapi satu hal lah..dalam bulan raya ni..tiap2 isnin abang akan terponteng pergi kindie..hihi..terlebih penat sebab bila hari ahad jer tengah malam baru balik rumah..selamat hari raya teacher abang :D


Aside

Abang bakal doktor..adik pun ikut jejak :)

27 Sep

Thanks for all the prayers masa i tak sihat haritu :) …alhamdulillah dah fully recovered. So harini boleh continue dengan story pasal raya lagi!

Tapi dah takyah mentionlah raya keberapa punya raya i pergi..hehe..sebab i pun dah tak ingat..tapi tempat tu dimana insyaallah i ingat. Masa ni pergi beraya kat Tanjung Karang..sambil visit atok sedara yang dah tak berapa sihat.

Lupa nak story mory pasal along i. Macam biasa raya jer wajiblah dia balik bercuti raya dengan kitorang. Alhamdulillah dah makin pandai urus diri sendiri..till today dia still kat rumah..taktahu bila my parents nak send him back..or might be takyah hantar dah kot..sebab dia pun dah pandai urus diri :)

Then, kitorang pergi rumah pakcik baba. Kebetulan makcik pakcik baba ni kenal dengan family atok sedara i tadi tu. Lagi rancaklah sembang.

Pengantin baru..adik baba..farid

My heroes yang sangat baik :D

Makcik pakcik baba ni buat sekali dengan kenduri doa selamat sempena anak perempuan dia nak further study kat Mesir. Bakal doktor nanti dia..amin. Abang dia tengah further study kat Jordan..pun bakal doktor jugak. Tabik springlah sama cousins baba ni. Geliga2 otak mereka…

Balik tu ikut Klang..singgah rumah atok sedara jugak. I suka pergi sini sebab dia suka cerita pasal asal usul kitorang siap ada pics lama n susur galur segala.

Alahai sweetnya anak mama ni senyum…hee shirah pun sweetlah..haha.. sepanjang musim gi beraya ni shirah sangat membantu i untuk handle the kids bila i sibuk pok pek..tenkiu darling sister :)

From Klang with lep :) …selamat meneruskan sesi kunjung mengunjung..raya masih panjang lagi..possibility berat badan untuk naik lagi dan lagi pun masih besar lagi…pasrah dan redha jer.



Aside

Bila mama sakit..anak2 jadi doktor peribadi

23 Sep

Harini entry pasal raya digantung. Tuan punya diri tak sihat..sob sob..cukup semua package diserang virus demam + pening + loya + sengal perut. Tapi i tak pregnantlah..belum ada rezeki..maybe sebab kena hujan kot semalam sebab kejar the kids yang seronok main hujan..plus makan terlebih had kot..

Rest kat rumah tapi makin sakit adalah..haha..i locked the door..the kids dok ketuk macam nak pecah..bila bagi masuk diorang tengok i sakit..maka tercipta idea nak jadi doktor sendiri nak rawat mama..

Bancuh air asam jawa sendiri siap letak garam..hancurkan panadol dengan cara hentak guna botol air nak bagi i telan..dan sekarang tengah buat sup tanpa masak didapur..amik perencah sup letak air panas kacau2 bagi hancur n letak sayur..nangisss!

Aside

Baju raya tak banyak..sigh

22 Sep

Tiang adalah penyelamat untuk bergambar sebab boleh menyembunyikan badan yang dah kembang…

Sian mak mertuaku..penat yer mak? Tetiba syahdu teringat kat my mom jugak masa ni. Masa memula kawen dulu touching jugak bila turn tak beraya dengan mak sendiri..tapi sekarang tak sempat nak touching my 2 herores yang baik sangat tu dah sergah i apasal menung2..hehh

Seronokkan beraya masa zaman kekanak? Takde masalah pun nak fikir..tahu kutip duit raya jer..haha..

Adik kembar baba yang dah plus minus tinggi dari diriku..baru form 2.. memang mengikut genetik abangnya sungguh. Tu sebab seronok kalau berjalan dalam family baba..i nampak kecik..walauponnn :D

Ni anak sulung to adik baba..i panggil dia kerol jer..bapa dia adalah sangat garang..haha..takut betul mamat ni dengan bapak dia..

Kisahnya masa raya pertama..dia asyiklah bukak songkok pastu letak merata.. pastu hilang jumpa balik hilang balik..sudahnya bapak dia kata jangan bukak2 songkok tu bila beraya. So, tiap2 kali gi beraya sampai raya keempat pun dia pakai songkok tu dengan baju casual..hiks!

Penuh beb perut..bawa handbag pun tak larat. I rasa dah habis kot kisah beraya kat perak..more pics kat fb nanti yer..esoknya raya keempat tu kitorang balik kl..yeah! Baju raya 3 pasang jer..semua dah habis pakai..takpe beraya kat kl kita recycle balik pakai..kesian.



Aside

Kampung baba kampungku juga…

21 Sep

Cerita raya pertama tak habis lagi..i lompat ke raya kedua teruslah ekk..orang lain dah habis story sampai raya kesepuluh tau..takpelah bila dah takde cerita kang i patah balik cerita awal raya..sekian.

Raya kedua kitorang balik kampung sebelah bapa mr. husband. Kat Sabak Bernam..panas tu panaslah jugak..tapi kena maintain u tahan..

Adik kembar baba..tak sedondon..bila dah besar memasing dah taknak sedondon..masa kekecik dulu hazab orang nak kenal..hehe

Ucapan hari raya untuk sang burung

Ehh..macam tersuka pulak pic ni..thanks for the shot baba :)

The kampung boys

Dah penat beraya disiang hari..balik rumah dulu mandi manda..melekat lekit badan..malam sambung balik beraya..selagi orang tak tutuplah pintu rumah tu kannn :)



Aside

Bila rillys beraya…

20 Sep

Selamat beraya sakan :) …ya Allah liat sungguh nak mulakan entry raya ni..kat FB pun tak upload apa lagi..memang baik punya malas

Tahun ni turn beraya kat kampung baba..happy2 jugak tapi sob sob jugaklah dipagi raya bila terkenangkan family sendiri dikampung halaman..cewah wah!

Tambah syahdu dipagi raya bila baju raya sama dengan langsir raya..hahaha!

From perak with lep :)

My cheeky heroes dipagi raya..sampin hilang..songkok pun hilang

Good boys! Dah pandai layan diri ambil ketupat sendiri. Senang lenang betul i beraya tahun ni..the heroes dah besarkan

Sesi bermaafan amalan wajib dipagi raya

Air tumpah kat bajulah..lap saki baki kuih coklat kat bajulah..perkara biasa

Windu hero kecik tak?

Windu abang tak?

Yang penting i windu banget kat blog sendiri ni! Cukup takat ni dulu ekk.. nanti2 sambung lagi..selamat beraya sakan :)



Page 1 of 212