Makan secara menggila-gila

14 Jul

Salam 🙂

Dah selamat check in kat Mahkota Hotel. Anak2 sendiri dah taktau katne.. pinjamlah anak orang.  Baby amie 6 months yang dah cecah 10kg++..tabik spring pada ibubapanya boleh dukung bergilir sepanjang waktu dalam zoo melaka..ohh tu nanti I story.

Dari town dah boleh bau ikan bakar kat Umbai 😛

Ya Allah, Tuhan saja yang tahu betapa kelaparannya kami semua. Tengok ikan-sotong-udang-ketam yang mentah tu pun rasa nak ngap laa tu jugak!

Tukang pilih makanan.

Jadi penunggu separuh masa. Tengah tunggu order untuk melantak.

Pinggan2 kotor tu milik pelanggan before us. Punyalah lama kena tunggu q mana meja ada kosong. Full house sungguh.

Jemput makan semua. Memang makan tahap tak cukup mulut nak suap..tak cukup tangan nak amik lauk tu lauk ni..tak cukup mata nak pandang kekawan sambil makan sambil cakap 😀

Ginilah orang ada anak kecil. Take turn dengan wife yer. Haku jugak goyang kaki lelaju sambil makan..haha..ehh dengan ayang jugak. Ke ayang bz suap2 laki dia..tettt!

Budak kecik yang dah pandai buat kecoh 4 orang jer..yang 2 babies tu baru nak adapt skill mengkecohkan diri..tapi harunya mengalahkan taska! Makpak pun sama kecoh sampai tersasul2 panggil nama anak bila nak marah.

Orang lain dah berhenti mengunyah. Tapi pakcik ni keep on nyum nyumm.. memang sayang nak biar makanan yang tak habis..dipulunnya kow2. Tapi part meratah lah pun yang best.

Ehh baba bukan keseorangan..haha..wakil perempuan yang jaguh makan..goes to nani!

Hebatlah nani kunyah semua ketam tu..haha..memang tak rugi makan besar dengan korang ni. Ehh..jangan lupa makan besar kita kat Restoran Arab, Cyberjaya tu yer.

Rasanya lepas makan tu naik 5kg kot badan ni. Ngeri nak timbang. Sampai harini badan rasa berat jer nak jalan. Lebih dari biasa. Takpe yang penting Ikan Bakar Parameswara kat Umbai tu memang superb! Harga pun oklah total kitorang makan around rm480. Mesti berpeluh tokey nak kira duit hasil bayaran pelanggan hari2..masyuk berpuluh2 ribu kot sehari. Pelanggan tak putus2. Gila.



22 Responses to “Makan secara menggila-gila”

  1. nanie July 14, 2010 at 12:35 pm #

    wakakaa….awat display gmbr haku abiskn sume mknn2 tu..?? tettt….haha mmg jd mls giler hokey pas dh mkn gilerrr byk cmtu.tp mmg best arr ketam dia.superbbb beb…..

    • rillys July 14, 2010 at 12:55 pm #

      ehh..patut bangga tau nani memang jaguh makan bagi wakil kitorang..hiks..semuanya sedapkan makanan
      kat situ

  2. zuris July 14, 2010 at 1:32 pm #

    suka mkn kat umbai gak.
    mak ayah sharil sanggup turun sana semata2 nak mkn ikan bakar situ
    sedap….
    dan2 teringin lak.ishhh…

    • rillys July 14, 2010 at 1:43 pm #

      itulah..kalau dah memang suka jauh mana pun orang sanggup pergikan

  3. Wawa~* July 14, 2010 at 3:08 pm #

    uihhhhh, dah rasa lapor balik ni mengingatkan ikan bakor fresh…. nyam3….

    ikan bakar kat tanjung lumpur kuantan pung sedap ^^

    • rillys July 14, 2010 at 3:44 pm #

      ooo ye ke..shud pergi try ni..thanks for the info 🙂

  4. Dee July 14, 2010 at 5:32 pm #

    lamanya x pegi umbai..ntah bila agaknya..hehehe..

    • rillys July 15, 2010 at 10:07 am #

      ni yg kat jeti nak ke pulau besar tu. bukan yg tempat baru siap ada pertunjukan kebudayaan tu..lagi pack kot situ

  5. riani July 14, 2010 at 7:39 pm #

    wahhh…bestnya makan ramai2…
    rasa rindu lak kan kawan2 lama 🙂

    • rillys July 15, 2010 at 10:05 am #

      salah satu cara mengeratkan silaturrahim dan mengembangkan badan..hehe

  6. pinky July 15, 2010 at 1:06 am #

    1st anniversary gi mkn kt sana.. mkn 2 org je dh cacah rm100++. gila. hehehe..

    baby tu sgt bolat ok?? mak bapak dia bg mkn apa? mintak rsepi sket. hehe

    • rillys July 15, 2010 at 10:01 am #

      ohh baby tu. uish tgklah acuan dia..kan sama comel bam bam mcm baby tu..i rasa sebab dia fully breastfeed kot

  7. rasp July 15, 2010 at 10:02 am #

    aduhhhhh dengar crite seafood umbai pun leh terkecur hahahaha…
    dah lama tak ke sana…kalo ke melaka pun, w’ouls ke alai aje…

    • rillys July 15, 2010 at 10:16 am #

      alai tu dah jauh nak ke umbai. tapi best jugak seafood kat alai kot ekk..boleh try nanti

  8. azzey July 15, 2010 at 4:04 pm #

    lily lotus: lapornye tgk lauk2 tuh…..

    • rillys July 15, 2010 at 4:33 pm #

      memang saja nak bagi orang lapar..marilah makan!

  9. mummysyafie July 16, 2010 at 11:51 pm #

    ramai orang kater restoran arab kat cyberjaya tu sedap. tapi tak pernah nerai lagi

    • rillys July 17, 2010 at 10:16 am #

      pernah dengar gak ekk..ramai kata sedap..tu nak try tu..hehe

  10. Sumijelly July 19, 2010 at 2:38 pm #

    hahaha..adakah RESTORAN CYBER tu namanay RESTORAN SABA?? hahaha…
    sila la dtg..dn komplen apa2 yg patut… sbb itu restoran my frenz punya hehehe..

    http://sumijelly.com/2010/01/20/menghabiskan-malam-yang-indah/

    tu gmbr tuan punya kedai..hehehe

    • rillys July 19, 2010 at 3:34 pm #

      aah restoran tu lah! wahhh..ur fren punya? best gilak..hihi..kekawan ly yg dah pergi kata sedap!

Leave a Reply