Pernah kena rendam dalam parit?

2 Jul

Salam…:)

Nak tahu kenapa my kids suka sangat balik kampung baba?

Sebab tempat permainan yang luas terbentang. Ditambah pulak dengan parit besar yang boleh memancing dan berendam..dikelilingi kebun sawit nan menghijau..haha.. rumah kat KL mana ada?

Biarlah bukan rumah banglo 4 tingkat yang dibina. Bukan lanskapย  sentuhan tukang kebun professional yang dihasilkan. Bukan pagar tinggi bak istana yang didirikan. Yang penting…kena tanam sifat humble dalam diri anak2 bandar yang masih kecil. Biar mereka rasa boleh hidup walau dimana pun tempatnya. Wahhh..dah macam dokumentari ini kampung saya ๐Ÿ˜›

Tetiba tunjuk khemahkan..hehe..ni masa awal pagi kenduri kahwin adik iparku haritu. Tu yang seronok jugak kat kg. kan..awal pagi orang kampung dah datang jenguk apa yang boleh dibantu :)…kalau takde apa boleh start ‘anyam ketupat’..gosip panas minggu ini!

Mak mertuaku yang bertudung pepel standby kat pintu rumah jer. Dah tak larat nak kesana sini..biasalah orang tuakan. Tetamu yang datang kat dia lepas makan or masa baru sampai.

Hiburan hari ini ๐Ÿ™‚

Caterer yang menyajikan makanan yang sedap ๐Ÿ™‚

diriku : amboi baba..bz ke hulu ke hilir..ingat anak bini tak?

suamiku : ehh..bini ingat..tapi ada anak ke? bukan harini baba pengantin baru ke?

diriku : ehh pakcik ni!…pernah kena rendam dalam parit besar depan rumah mak ni tak??!!

Menantu hantu penjaga duit kaut-mengaut dengan 2 bodyguards cilik.

Dah panjang sangatlah entry ni. Pic pengantin lain tahunlah..yang penting pic I dah enterprame..haha..tapi masa berarak I tak dapat tengok sebab abang n hero kecik bolehhh pulak time2 tu nak terbuang air besar! Yennadeiii!

Selamat berhujung minggu ๐Ÿ™‚



14 Responses to “Pernah kena rendam dalam parit?”

  1. innz July 2, 2010 at 1:40 pm #

    tenang jeh parit tuh .
    kalo buat rendam org pun syok.
    hehe xD

    • rillys July 2, 2010 at 2:58 pm #

      aah..mana yg stok degil tak reti bahasa tu mmg molek sgt kena rendam dlm tu

  2. zuris July 2, 2010 at 1:49 pm #

    seronok lah kat kampung!
    masa kecil2 dulu mesti suka balik kg sbb dapat mandi parit depan umah tok wan tu.hehee..
    tp skrg,tok wan pun dah takde.parit tu pun dah kotor.huhuu..

    • rillys July 2, 2010 at 2:57 pm #

      takpe..yg penting kenangan manis tu tetap terpahat ๐Ÿ™‚

  3. Dee July 2, 2010 at 2:25 pm #

    dorang nervous sgt kot tunggu pengantin smpi bila pengantin dtg je terus rasa nk terberol..hahaha…

    • rillys July 2, 2010 at 2:57 pm #

      haha..make sense gak tu..hahadoiii i yg frust

  4. axim July 2, 2010 at 2:45 pm #

    i miss my hometown..tengok entri ni teringat kampung halaman..

    • rillys July 2, 2010 at 2:56 pm #

      syahdunya dengar..apalagi baliklah kampung weekend ni ๐Ÿ˜€

  5. Fauzi July 2, 2010 at 2:55 pm #

    rindu kampung………….waaaaa

    • rillys July 2, 2010 at 3:04 pm #

      erkkk! haiyooo..sabar2 nanti balik lagi kay

  6. Farah Y July 2, 2010 at 4:44 pm #

    Besar betul parit tu! Tahun ni je dah terlepas 4 wedding cousin. Tengok entry ni, terbau-bau nasi minyak sepupu sepapat yang tak sampai-sampai ke perut sendiri ni. Hehe.

    • rillys July 2, 2010 at 5:08 pm #

      hehh..ramai tu yg u terlepas. mesti diorang pun frust u takde..takpe harap mereka faham ๐Ÿ˜€

  7. Lady of Leisure July 2, 2010 at 10:11 pm #

    uwaaa bestnya ada titi kayu yer kat sungai tu..

    • rillys July 2, 2010 at 11:17 pm #

      kalau tak berani jgn lalu..hehe..takde pemegang tu

Leave a Reply